Rabu, 28 Oktober 2009

Masjid Besi Putrajaya

Last weekend, after kami pulang dari pontian..sempat la singgah ke masjid ni..i dont really know sama ada nama dia betul2 masjid besi seperti orang cakap atau x..but i think its also called masjid sultan mizan..sempena nama agong kite..u nak tau u pi la sendiri..hehehe

Masjid ni boleh dikatakan besar..siap ada parking kat bawah basement lagi..tempat solat kat atas..ada eskulator lagi tu..segala2 amat luas..canggih..macam2 lah..

masa i pi tu waktu malam..so the view is so nice..amazing..coz u can see putrajaya as masjid ni tinggi n no windows...open air..

i ada snp beberapa pic ..tapi ni guna hset je(sony ericcson k750i je) sebab kamera samsung tu low la pulak..nanti i will show u all..this one gambar tak berapa sharp n cantik.









Rabu, 14 Oktober 2009

Loach or Cory cat fish?

In the previous entry...i talked about loach..well i pun tak sure mine tu yoyo loach or tak..but i guess it is not...mine is actually a cat fish spesis..(nak kena apek ni)..hahah


so salah ikan la ni..tapi in my aquarium..siput tu dah tak de ...so efektif gak cat fish ni..ok la tu..


ha..this one is real yoyo loach..aku tertipu kerana misai nya..macam misai datuk K la..haha


kat atas ni much similar dengan my fish..peppered cory..tengok misai..kan sama je..tipah terpu bang..


So the info semua betul but the pic je yang slah..Im sorryyyy:)

Isnin, 12 Oktober 2009

My baby guppies



Yeah!!!!!

Finally my female guppy dah beranak...semua ada 5 ekor..tak tau la ada lebih ke x..mungkin kena makan ngan mak dia..tengok2 dah ada..thanks to my wife la sebab perasan...im so excited..

Filem "Setem"...Two thumbs uP!!



Korang penah tengok filem ni tak..actually filem ni mula ditayangkan pada bulan Julai yang lalu..Tapi as for me..baru malam tadi tengok la..biasa la..ada baby..payah la nak tengok kat panggung..

At first i boleh agak yang filem ni best sebab dua faktor. Pertama sebab filem kabir bhatia..coz i suka crite arahan dia then second sebab ada aflin shauki..my fav actor and director...So suma ramalan tu betul2 la..best sangat2...mlm ni tengok lagi lah.hahaha.


This film mmg syok sebab jalan crite, grafik, cinematografi suma class..tak caya tengok la sendiri..rugi tak tengok awal2...

ni ada sinopsis filem dia..
'Setem'

FILEM arahan Kabir Bhatia bertajuk 'Setem' akan menemui peminat filem Melayu tidak lama lagi dengan membawa kisah yang penuh misteri dan menarik.

Buah tangan terbaru Kabir ini adalah penerbitan Tayangan Unggul. Selain mengarah, cerita asal dan lakon layar juga dibuat oleh Kabir.

Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.

Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.

Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda.

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber.


sumber : mStar.com.my

Ahad, 11 Oktober 2009

Oh no..snails in my fish tank!!!



Alamak..banyak yer snails..cm ne la siput2 ni boleh ada ni..ciput punyer siput..


Haha..ini yang i hadapi minggu ni..siput2 ni mmg wujud kalau ada tanaman atau tumbuhan2 dalam akuarium..malah benda ni mmg cepat membiak..actually siput ada fungsinyer dalam akuarium..some said that this creature help to brush and eat your algae or lumut2 dalam your akuarium..hm..bagus gak tapi which type of snails..im not so sure..but for my tank..its just a mess up..

You can see in above pic (no. 1)..so, to tackle this kind of problem..basically ada 4 cara.

1. bersihkan kesemua balang kaca atau tank anda..ni kalau tahap yang serius la..but mostly orang tak suggest to try this as no 1 solution..this one is the cara terakhir..sebabnya dalam tank kite tu ada bakteria yang baik..so klu bersihkan semua..rugi la kan.

2. DIY..snail ni suka pada sayur cam timun,cabbage etc..just letak dalam tu..then suma siput akn kerumun..take out je pastu


3. guna chemicals..yang ni easy and yet effective..but some tak suka benda ni..yela..too much chemicals kan ada effect gak kan..but..boleh la try kalau nak mudah..


4. cara yang ni adalah paling disarankan.guna cara yang natural..pe maksud natural tu..we use fish!..ada beberapa jenis ikan yang commonly use to tackle this prob..but what u can see in the pic (no.2 & 3)is ikan jenis loach..for my fish ..its yoyo loach..ari tu try cari clown loach sebab dia cantik sikit..tapi tak de..so ni pun ok la..

So far sekarang masih tunggu ikan ni kuat sikit..ikan ni jenis shy sikit..oi ikan..cepat la makan banyak2..nampaknyer kena tambah lagi kot.heheh.just wait and see..


Next entry i will post about this fishes..ok..see ya..

Jumaat, 9 Oktober 2009

Tazkirah Jumaat :)



ALAM BARZAKH
9/10/2009


Dalam satu hadith disebut, kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-quran. Alam Barzakah menakutkan kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya.

Setiap alam ada problemnya, termasuklah Alam Barzakh. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama. Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka. Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya. Dalam hadith yang lain pula, sesiapa yang meninggal dunia, maka tertegaklah hari kiamatnya” (kiamat kecil).

Antara golongan yang disiksa dengan azab kubur ialah

1. mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir (kerana akidah mereka tidak betul)
2. mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya
3. mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba),
4. mereka yang tidak membersihkan air kencingnya.

Rasulullah SAW bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana sukamengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering “.( HR Bukhari dan Muslim )

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha atau cukup bilangannya) akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan. Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.


Sedekah membantu di Alam Barzakh

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, banyakkan sedekah kerana ia menyejukkan Alam Barzakh kerana Alam Barzakh itu panas.

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang Mukmin kelak dihari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.(HR Thabrani dari Uqbah Bin ‘Amir r.a.)


Selain siksaan terdapat juga nikmat di alam Barzakh

Ada orang yang tidur sahaja, ada yang bersembahyang, ada yang membaca Quran.

……Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh (70) hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya, kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Maka ia berkata: “Bolehkan aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan perihal kebaikanku keadaanku?” Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.

Ada orang yang semasa hidupnya di dunia banyak bersembahyang. Semasa di Alam Barzakh juga dia meminta untuk bersembahyang. Mereka asyik sembahyang hinggalah tiba hari kebangkitan semula. Ada juga yang didatangkan bidadari dari syurga untuk menemani mereka di Alam Barzakh. Mereka usik-mengusik hingga tercabut mutiara dari leher bidadari. Kemudian mereka asyik mengutip mutiara yang terjatuh itu dan sehinggalah tibanya hari dibangkitkan semula.

thanks to http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Khamis, 8 Oktober 2009

Bang..beli tisu bang..





Perkataan atau percakapan diatas mesti anda pernah dengar atau lalui.
Biasanya time kita makan kat gerai2..tiba ada orang buta datang pada kamu dan jual tisu kan..


Semalam keadaan ini telah pun ai lalui..tengah makan tiba2 ada orang datang..kalau u all pe u all rasa bile orang kacau?heheh

Actually that time is the best time u berfikir tau..fikir pe..fikir nasib orang2 OKU ni..I pun tak paham la kenape orang still ignore mereka..


Diorang ni bukan pemintak sedekah...diorang buat kerja halal..jual tisu..bukan curi ke mintak sedekah ke..so why not support la diorang...i geram kalau time somebody makan tapi still not contributing pe2..what i mean is..u all kan makan kan..why not beli la tisu tu..at least u boleh guna lepas abis makan nanti..u tak rugi pe2 pun..pahala lagi masuk ada la..

So klu benda ni terjadi kat u all.just support..ok..tisu tu berapa sen je..tapi why not bagi la lebih sikit..seringgit pun jadi la..niat dalam hati tu untuk sedekah..seringgit tu bagi kite just beli air satu gelas..but for them it means a lot...

Kite tak kan tau pe nasib kite nanti..so fikir2kan lah.. if u mmg tak de duit pun..at least cakap elok2..then doakan kesejahteraan dia..itu susah sangat ke...

p/s: maybe its just a tissue papers but actually its more than a world to give..adios..

Rabu, 7 Oktober 2009

Deria Bau




Korang pernah tak alami cam pe yang i rasa. When u smell something..tup-tup the memory of something will flash into ur mind..

Ha..ada kan..Manusia secara normal telah dikurniakan 5 deria iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh..semua ni dipanggil pancaindera..bukan pancasitara.hehe. Ada gak yang dapat deria keenam..betul ke ni..waallahualam..

Tapi apa yang i nak story kat sini tentang kekuatan memori deria bau ni..ingatan manusia biasanya akan kuat apabila kita lihat n ingat tapi klu kita bau then kita ingat it is more interesting.

Keadaan cm ni every day boleh berlaku..for example..if i terbau orang bakar pokok yang kat tana kat kampung..well my kampung kat muar..that time mmg seronok..dengan mandi air parit yang sejuk...banyak pokok buahan,,uishhh banyak betul kenangan tu..semua ni just dengan one smell je..

So how about u guys..do you agree x..

Selasa, 6 Oktober 2009

Kurangkan stres di pejabat



credit and taken from Utusan Malaysia


RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

- Pening dan sakit kepala

- Ketegangan serta sakit leher serta bahu

- Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

- Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

- Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

- Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

- Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

- Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

- Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

- Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit

- Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

- Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

First step untuk bela ikan Guppy



Rasanya ramai yang disana nak tau pe yang diperlukan untuk bela ikan ni..So today i will story how to bela this kind of pet..in my own experiences and through reading..

Actually if u guys baca post2 sebelum ni pasal guppy..ikan ni adalah ikan jenis tropika..so for us kat malaysia ni it will be easy coz the temperature needed to take care guppy ni dah ok la..guppy ni boleh hidup normally pada suhu(18-27°C).

Ikan ni antara yang paling mudah dibela dan dibiakkan..sebab pe?

1) ikan ni beranak bukan bertelur
2) kadang2 tak de filter pun boleh hidup..even ada yang letak kat dalam pasu
je..still can breed a lot.
3) once beranak ..its can take between 25 to 200 fry(anak ikan guppy dipanggil cmni)..but tengok la gak survival dia kan..normal..10-35 fry.

So the first step to bela this ikan adalah sediakan lah tempat dia serta barang2 yang patut.Pe yang patut tu?

1> of course an aquarium..nak mantap cari la yang 5-10 gallon water punyer..klu susah sangat cari la yang jenis bowl punyer even pasu bunga yang jenis lutsinar pun ok..tapi,,kita ni ada gak rasa kecian kan..bagi la depa berenang bebas sikit..cari yang man-man orang johor cakap..heeh

2> then u need a filter..if u guna cam bowl je..tak de pun ok but kena jaga water dia la..takut kena polluted by algae..filter yang bagus or yang biasa2 pun ok..cari yang not to strong la..cari yang just nice..if u guys tanya kat kedai dia sure akan rekomen yang terbaik utk guppies..

3> water conditioner pun kena gak..anti klorin ni cm wajib la coz ikan ni fresh water punyer ikan..so it must be fresh..satu botol murah je RM 1-1.50.u can use it lebih dari beberapa bulan..

4> makanan dia--ada yang dijual yang jenis untuk guppy..kecik2 je,halus..beli yang mahal sikit pun x pe..jagn yang beli dalam plastik yang harga dia tu RM1.50..tu sure ikan tu mati..makanan tu penting..make sure ikan kite tu dapat protien yang cukup.lagipun makanan tu pengaruhi keadaan air dalam tu.

5> tumbuh-tumbuhan---> ni pun penting gak..boleh cari samaada yang real atau tiruan..ni penting untuk dia membiak..anak ikan akan sembunyi selapas diberanakkan sebab takut mak dia kan makan dia..its true!!

6> if malam tempat u tau siang sejuk atau bile2 la..u are recommended to pasang lampu..ni untuk heat air dalam akuarium tu..lebih2 lagi masa ibu ikan tu bunting..she need rasa2 yang warm2..tapi antara 23-27 celcius je..org barat biasa pakai la..banyak bergantung pada heater..tapi dalam air still sejuk kan..so pakai la..


7> then kena ada ikan la..make sure if u nak breed ikan ni the ratio will be like 1 male 2 female..so male tu rileks la..x yah gelojoh..huhu..klu u beli ikan ni..normally ikan yang betina tu dah ada isi..maksud i bunting la..so dalam3-4 minngu dia akan beranak..ha tu u all kena tunggu k...

oh sebelum terlupa..jgn la campur ngan ikan lain cam jenis barb atau predator yg lain..mati la ikan tu kang..ikan tu kan menarik..terutamanya ekor dia..sure kena ngap!!...just guppies ok..


So that it for now..next kite tengok lak cm ne nak tukar air and other info for this fish..see you soon..make sure u'll get the update

Isnin, 5 Oktober 2009

More about Guppies!!!



So this is an info about guppy fish as a general info








Common Name: Guppy

Scientific Name: Poecilia reticulata

Type: Freshwater

Origin: Americas, Florida to Brazil

Size: Up to 1 ½" (3cm) for males, up to 2" (5cm) for females

Tank Size (Minimum): 5 gallons (19L)

Difficulty Rating: Beginner

Breeding Difficulty: Easy

Temperature: 65-80°F (18-27°C)

Life span: 2-5 years

Water pH: 7.0 - 8.0

Water Hardness: Medium hard to very hard (10-30 dH)



Seems like this is a normal info but believe it..it is really a basic info when your pet a guppy..

Lirik 1Malaysia



Today 5/10/2009 ada perhimpunan bulanan..so as usual aku la kena dok nyanyi koir kat depan..kali ni lak kena bwak lagu 1 Malaysia..dengan semangat 1M..reti x reti kena cuba bawak gak...so i sorang2 tak best..pe kata kite sama2 nyanyi nak tak.heheh

Lirik ada kat bawak ni..simple tapi aku ni pyah nak hafal...maklum la..dah tua..:)







SATU MALAYSIA


Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

(Korus 4X)

Satu Malaysia untuk semua


Lagu : Nik Nizam Jaafar & Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani

Sabtu, 3 Oktober 2009

My Guppies!!



After the last post about guppy.. this time i will reveal my ikan la.heheh.
Actually..this is the new tank..just simple punyer..nak letak kat my other tank takut dia kena makan ngan ikan lain..so this time we separate them..


Dalam the new tank ni only guppies..ada 4 of them..2 betina 2 jantan..
Nak tau mana jantan mana betina tengok pada badan dia..kalau badan dia kecik dan ikan kembang giler2..tu la jantan..but the betina one is not secantik as jantan la..heheh.

Ni jantan..(but not mine la :P)

This one betina (also not mine)

Hopefully these fish beranak-pinak la..one of my other fish dah pun beranak..and anak tu still hidup..tapi cian..tinggal sekor je..thats why my jiwa berkobar2 nak jadi breeder for ikan...

I love my fish and so do my daughter...walaupun tak samapai setahun lagi..but she very happy to play with the fish..tapi kena selalu tengok la. kalau tak..peching!! pecah lak..i letak my bowl ni kat centre of the table..baru class...


So..i will update perkembangan my fish ni aand also the tips to jaga this kind of ikan soon..make sure u all datang ok..see ya.!!

Jumaat, 2 Oktober 2009

Game Mario Bros..!!



Masa kecik2 dulu..zaman video game la..game mario bros mmg famous giler la..sapa yang tak kenal game ni mmg tak lalui zaman kanak2 yang indah la..Maka..i bawa kan zaman tu pada u all.huahuahua..

So, disamping u all lawat blog ni..klu bosan2 boleh lah main game mario bro ni kat bahagian bawah blog ni..i baru je add..game ni simple je..but yet it is fun..hai,,teringat zaman budak2 dulu2..berebut main game ni..x menang2 gak..heheh:)

p/s: thanks to ainz coz bagi software yang mantap..gambar kat atas ni la hasilnyer... cun x? :).i bagi dia nampak old2 sikit..

Hidup Sihat, X mau sakit2




Time-time gini, banyak la open house yang akan diadakan. So ber"tan2" makanan masuk dalam badan kita..Sebulan kita puasa, tiba2 makananan datang berduyun2..tu la rezeki namanya..Namun disebalik itu, kita haruslah berhati2 dengan pengambilan makanan ni..tak salah makan tapi kena lah berwaspada..memamg la what goes in must come out kan tapi yang masuk tu penyakit, kan dah susah....

Penyakit dari pe kita makan ni banyak sebenarnya..tu la Rasul kita ada pesan.."makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang"..

So dalam kita pi ke openhouse ni..perlulah kita buat senaman sikit...so far my training badminton pun dah mula...so marilah kita bersama-sama bersenam..jgn jadi tak sihat..sekarang semua penyakit dah ada.

Ni ada sikit tips untuk kekalkan kesihatan...dalam english ok x.hehehe

1. Drink more water
2. Go for a walk
3. Get more rest
4. Ride a bike
5. Use the stairs
6. Play a sport
7. Take vitamins
8. Go dancing
9. One less snack
10. Stretch daily

OK..KALAU ADA TIPS2 YANG LAIN..SILA LA KOMEN YE..SAMA2 LA KITE AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT..

Tazkirah Jumaat :)


Tazkirah Jumaat
2 Okt 2009 (13 Syawal 1430)


Dalam hadith disebut “Sembahyanglah, sihatlah kamu. Sembahyang boleh menguatkan tubuh badan kerana dari segi zahir kerana terdapat banyak pergerakan dalam ibadah sembahyang seperti berdiri, rukuk dan sujud. Sembahyang berdiri lebih banyak pahala kerana lebih banyak pergerakan berbanding duduk atau tidur dan juga lebih menyihatkan badan. Ada orang sembahyang 70 rakaat sunat setiap hari tidak perlu jogging lagi untuk menjaga kesihatannya.

Dalam hadith Riwayat Tabrani disebut “Solat itu menyebabkan otak kita sihat”. (Apabila kita sujud, banyak darah mengalir turun ke bahagian kepala). Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.

Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.“Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” Terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.“ “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus”. Pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: ” .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya (Hadith Riwayat Tabrani)

McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: “Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.“Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik”.

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:

* Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf. Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
* Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
* Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
* Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit
* Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
* Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
* Memperelok dan membersihkan kulit.


Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: “Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.“Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.“Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita”.

Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: “Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya”.Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.

Benarlah Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.”. Berpuasa memberi kerihatan kepada bahagian perut setelah bekerja selama 11 bulan.

taken from:
http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

RENUNG2KAN DAN ..SELAMAT BERAMAL...

Khamis, 1 Oktober 2009

ikan guppy


Aku ingat dalam 2,3 hari lepas aku anak beranak pi kedai ikan kat batu 14 puchong untuk tambah stok ikan peliharaan aku.Dah lama akuarium tu tak berseri..yang ada tinggal ikan sepat n tetra. Actually sebelum raya dah nak beli tapi takut balik raya tak de sapa nak bagi makan..so kami tunggu la lepas raya.aku ni mmg minat bela ikan..bela ikan guppy ni dah mula sejak tahun lepas lagi tapi hayat diorang ni macam singkat je..nape ntah..orang lain beli siap beranak pinak lagi..so kat bawah ni ada tips yang aku nak kongsi..aku amik kat internet je..moga2 kite boleh amk manfaat daripada nya.


TEKNIK2
Guppy awalnya hidup di rawa air payau. Ikan ini berkembang biak dengan cara beranak sehingga pemijahannya tergolong mudah. Induk jantan mempunyai warna yang cerah, tubuh yang ramping, sirip punggung yang lebih panjang, mempunyai gondopodium (berupa tonjolan memanjang di belakang sirip perut) yang merupakan modifikasi sirip anal berupa sirip panjang. Untuk indukan betina mempunyai tubuh gemuk, warna yang kurang cerah, sirip punggung kecil, sirip perut berupa sirip yang halus.

Selain warna, bentuk dasar ekor ikan guppy juga bervariasi. Guppy dibagi berdasarkan bentuk ekornya yaitu wide tail (ekor lebar), sword tail (ekor panjang), dan short tail (ekor pendek). Tiap varietas mempunyai 4 macam bentuk ekor. Varietas terbaru yaitu Ribbon/Swallow. Ini merupakan varietas baru dari berbagai persilangan menyebabkan mutasi gen merupakan hasil dari kawin silang dari berbagai jenis ikan ini.

Guppy berkembang biak dengan cara beranak. Anak guppy yang baru lahir sudah langsung dapat berenang dengan baik. Hal ini terjadi karena proses pembuahan guppy secara internal yaitu perkawinan terjadi pada saat organ gondopodium yang terletak pada sirip anal dimasukkan ke dalam organ telur betina.

Guppy jantan yang akan mengejar betina siap kawin. Setiap kali perkawinan dapat dijadikan 3 kali kelahiran. Waktu kelahiran berkisar 3 minggu dan seekor betina dapat menghasilkan 60 ekor burayak
Dengan memahami proses pembuahan sampai dengan kelahiran ikan guppy maka perlu dipakai suatu metode agar perkawinan guppy dengan mudah dapat diatur dan dikendalikan sesuai dengan keinginan kita. Kelemahan dari pembudidayaan guppy adalah ketidaktelitian terutama yang menggunakan sistem kawin masal. Teknik yang digunakan dalam menghasilkan strain guppy yang unggul dalam dengan menghasilkan F4 atau biasa juga disebut dengan sistem line.

Untuk mencari guppy yang bagus biasanya dapat dicari dengan betina yang mempunyai bentuk ekor yang bagus. Sedangkan untuk jantan biasanya dicari warna yang paling cerah juga dominan. Untuk guppy Ribbon, betina Ribbon sangat dominan, sedangkan untuk jantan tetap jantan normal, sehingga untuk mendapatkan guppy Ribbon jantan yang bagus masih diperlukan jantan normal. Sehingga untuk guppy ini bisa dijual per trio.

Cara Mengatasi Penyakit

PENYAKIT yang umum menimpa guppy adalah jamur. Perlu dipahami jamur tumbuh dengan cara yang berbeda dari bakteri. Jamur tumbuh dengan spora dan selalu tumbuh dengan kondisi tertentu. Mereka berkembang mempunyai siklus tertentu berupa spora kemudian berubah menjadi organisme yang disebut miselium.

Jamur ini dapat berkembang biak sangat cepat, berbentuk seperti benang/ulir dan membentuk jaringan-jaringan seperti lapisan yang tipis. Sedangkan bakteri yang biasa menyerang guppy adalah mycobacterium piscium, juga beberapa penyebab lainnya.

Perlu diperhatikan untuk melakukan pengobatan secara efektif harus melakukan diagnosa yang akurat, sehingga dapat mengatasi penyakit yang timbul. Penyakit yang umum menyerang ikan guppy adalah :

a. Saprolegnia.

Ciri-ciri ikan yang terserang adalah bercak-bercak putih pada kulit ikan. Perawatannya teteskan alkohol metapen dalam tempat sebanyak 2 tetes dalam satu galon air/4 1,12) liter air. Langkah selanjutnya berikan garam dan biarkan beberapa saat.

Berikan hydrogen peroksida untuk membunuh bakteri yang melekat pada jaring ikan selama 15 sampai 30 detik. Atau bisa juga digunakan malachite green atau methyline blue atau acriflavin sebagai disinfektan. Cara perawatan ikan yang terkena infeksi bakteri sebaiknya diberi tambahan ruang sebelum mengobati.

b. Penyakit Bengkak atau Bloat

Ikan tampak gelisah, badan tampak lebih besar karena kembung. Ini disebabkan karena peradangan usus ikan. Isolasi ikan yang terkena, lalu masukkan ke dalam satu galon air yang telah dibubuhi 2 sendok penuh garam Inggris. Biarkan selama 4 atau 6 jam, kemudian tambahkan air selama 12 jam. Setelah sembuh dapat dikembalikan ke tempat asal.

c. Jamur Mulut

Ciri ikan yang terkena jamur mulut mudah dilihat dari warna putih yang terletak di depan mulutnya. Jamur putih tersebut merupakan koloni sangat besar yang menempel pada mulut ikan, sehingga menutup mulut ikan sampai tidak bisa bernapas dan makan dapat menyebabkan ikan mati. Pengobatan menggunakan aureomycin 25 mg untuk 1 galon air tambahkan 1 tetes obat merah dan metopen 2 tetes.

d. Penyakit Insang

Ciri ikan yang terkena peradangan insang biasanya disebabkan oleh organisme virus. Ciri pada penyakit ini insang membuka, malas makan dan selalu di atas permukaan air. Penyakit ini disebabkan oleh beberapa bakteri dan jamur dan paling sulit untuk diatasi.

Ciri ikan ini jika mati insangnya tampak memerah dan membusuk lebih cepat dari badannya. Beberapa cara yang sudah berhasil dilakukan adalah dengan memberikan metapen mercurochrome direndam beberapa saat secara bersamaan kemudian lakukan perawatan dengan menggunakan air garam dan memberikan tempat yang lebih besar dan luas.

e. Penyakit Kembung

Ciri-ciri ikan yang terkena peradangan perut antara lain ikan tampak sulit berenang ke dasar. Cara mengatasinya berikan 1 sendok teh garam Inggris tiap 1/2 liter air, dan rendam ikan selama 3 sampai 4 jam, kemudian pindahkan ikan ke dalam tempat yang ketinggian airnya 3 kali tinggi badan ikan. Masih ada beberapa penyakit yang sudah umum diketahui, misalnya kutu atau jarum.


NEXT TIME AKU AKAN POST MY GUPPIES N MY AKUARIUM!! TUNGGU

Hari raya Pic! vol 2

sambungan dari vol 1..
just view..no caption





Hari raya Pic! vol 1

Tahun ini-2009..pada 20/9/2009..ahad..seleuruh umat islam menyambut hari raya.
i pun turut sama sambut lah..so..saje nak post gambar2 untuk tatapan semua..enjoy..




Balqis pelik tengok pak teh tumpang balik rayer..:)

balqis: sapa lak yang amik gambar i ni?


balqis: umi..sapa kat belakang tu...tak kenal pun..




balik raya mesti jem



antara juadah malam rayer..orang yang bagi



ni burasak..orang bugis selalu makan

Tazkirah kejap

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik,

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=======================================================

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,

tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah,

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan… …

pick from seindahnama-iwaana.blogspot.com..tq

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails