Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Wordless Wet Wednesday..

As salam.
Sometimes apa yang anda fiikir x selalunya sama dengan yang sebenarnya..
But its good to have the different perspectives...coz somehow its make us rethink again what and who are we really are..


i prefer to be silence......


xoxo

Rabu, 23 Januari 2013

So what..ko perfect sgt ke???

 assalamualaikum..

tengok tajuk cam marah punyer entry kan..
x pun tapi just nk share and ingatkan kawan2 dan pembace...(ada pembace ke,perasan)
kite ni bukan la sempurna..so jgn la dihina org dengan kekurangan..
kadang2 kite lihat dalam org gurau2..pasti ada terpalit sedikit kecil hati oleh yang dkeji..apatah lagi kalau diulang2 "gurauan" tersebut..

sebagai contoh ..conth je ni..byk lagi perumpamaan lain..sekiranya kawan kita tu gagap..x perlu pun kita nak usik dengan ckp gagp pun..dia pun x mintak jadi gagap..yang kau p hina n ejek tu wat pe..allah dah jadikan dia cm tu..pastu kau ejek dia..kau ingat dia x terasa ke..walupun bnda ni sebagai gurauan..

eh jap..kau x de bnda lain ke nk gurau..gurau la pasl ayam bertelur ke, kambing balik kndang ke..ikan emas ke..ni ko hina org tu wat pe..

kena igtlah..manusia x kan sempurna..x ada pun..so x pyh nk hina org cm tu sekali k..ye mgkn kau x de kekurangan cm tu tp cm ne perasaan ko klu ko dihina cm tu..

kdg2 sesetengah org tu rasa diri dia perferct..bdn slim..muke cantik..tp sempurnakah dia?
luaran je ok..dlmn x tau lg kan..entah dlm bdn tu.ada cacat atau kekurangan yang zahirnya x nmpk org..

percaya lah..jgn dihina,diejek atas kekurangan org tu..kau tu cm perfect sgt..dan harus diingat..sekali ko ejek atau hina..pasti akan dibayar balik..cah x cash je..so jgn seronok sgt ko nk ejek org k..

bnda ni mmg jadi pada aku jugak..tp setakat ni aku sbar je..sabar subur x sabar x subur..x pe..x kisah pun..doakan je..senang..


tq bace..
cam emo kan.haha..
bukan marah..sapa cakap aku marah..nasihat...butang aku mana pah...
ahakss..

kbai


p/s: bad mood ko melekat kt aku pagi ni pulak.haah

Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan - Setelah 3 malam..

As salam..

3 hari 3 malam
bukan nk berkongsi makanan atau juadah berbuka atau berceriter karenah org berpuasa
tapi sekadar ingin berkongsi tazkirah diantara solat terawih yang boleh sama2 amik sebagai ilmu..

3 malam..
3 imam jemputan.
berkisar perkara dan kelebihan ramadhan..antaranya
  • bulan ramadhan adalah satu2 nya bulan yang diberi penekanan khusus dalam alquran berbanding bulan2 lain.
  • bulan yang byk peristiwa penting berlaku...spt turun nya alquran..lailatulqadar
  • ibadah sunat sama ganjaran sperti ibadat fardu..ibadat fardu berganda sebyak 70 kali ganda ibadah.
Mlm smlm berkisar hal alquran..
org barat lebih mendalami alquran untuk mmbuat kajian alam ni berbanding org islam..

  • teori big bang iaitu bagaimana bumi terhasil sbnrnya ada diceritakan dahulu di dalam alquran..
  • kisah bagaimana nabi pernah membelah bulan terbukti apabila penyelidik barat menjumpai terdapat bekas spt belahan sampai kedasar bulan..mmbenarkan bulan pernah dibelah dua.. 

Banyak lagi boleh diperolehi sekiranya surau atau msjid ada wat tazkirah diantara terawikh tersebut..

Semoga sikit ilmu ini dapat memberi manfaat..

Jumaat, 27 Januari 2012

Bersin..benda yang baik jangan dipertikaikan..hehe

Haccccummmm.....
alhamdulillah..

assalamulaikum semua..
salam jumaat yang barakah..mari kite share info dan ilmu pagi ni..


al kisah kawan kamu bersin pagi2 ni..maka ada juga kawan kamu berkata..ceh bawa virus..maka tatkala si penyebut itu berkata..terfikir dibenak ini untuk berfikir lagi sejenak..mungkin betul juga tapi apakah itu sahaja semata2..yang kotor....sedangkan allah jua lah yang memberi kite nikmat bersin..tidakkah kamu tahu...bahawa manusia pertama yang dicipta allah (nabi adam) adalah org yang mula2 bersin tatkala roh dimasukkan ke dalam tubuh beliau..seraya ia mengucapkan alhamdulilah..maka makhluk allah yang lain mengakui betapa tgi nya makhluk allah yang diciptakan tersebut..perkara pertama yang sebut kan ialah memuji kebesaran dan kesyukuran allah...
  • Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. 

  • Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

  • Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. 

  • Untuk itu, setelah bersin, sejatinya membaca hamdalah sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. 

  • Rasul bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian bersin, ucapkan 'alhamdulillah' (segala pujian bagi Allah). Dan hendaklah orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu). 

  • Dan orang yang bersih tadi membaca doa yahdikumullahu wa yushlihu balakum (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)." (HR Bukhari).

Maka..jika terdengar rakan anda bersin..doakan lah kesejahteraan mereka..insyaAllah..kite semua akan mendapat kebaikan nya.

wallahualam...

Rabu, 24 Ogos 2011

Intipati tazkirah ramadahan


assalamualaikum wbt


actually dah lama nak kongsi tapi masa je tak de yang sesuai..
biasa la tazkirah masa terawikh..kan bagus klu kongsi2..lagi2 kalau yang menarik..betul x..

penceramah tu berkongsi mengenai apa yang rasulullah kite dah nampk apa akan berlaku masa akan datang..



diceritekan bahawa nabi pernah berkata yang mana..

selepas zaman nabi akan ada beberapa zaman sebelum berlakunya hari kiamat..

kite tengok aturan yang diceritakan oleh penceramah tadi mengikut apa yang nabi ceritekan

pertama: zaman nabi (rasullullah)
kedua: zaman mirip seperti zaman nabi (semasa pemerintahan khalifah ar-rasyidin)
ketiga: zaman pemerintahan monarki atau beraja (tahta pemerintahan dari bapa kepada anak)...telah berlaku semasa zaman bani umaiyah..
keempat: zaman pemerintahan kuku besi (apa yang berlaku sekarang..cth di mesir etc)
kelima: zaman mirip seperti zaman nabi semula (zaman dimana dunia diperintah oleh imam mahdi)
keenam: berlakunya kiamat


maka kite semakin hampir ke destinasi terakhir kite rupenya...masyaAllah...hanya tinggal satu zaman sahaja..

wallahualam...sekadar berkongsi...

Jumaat, 7 Januari 2011

Pernahkah selipar anda hilang di masjid?


Salam jumaat..

soalan diatas?

pernahkah anda?

kalau pernah..anda adalah yang terbaik..

kerana dalam beribu-ribu jemaah yang menunaikan solat jumaat..anda dipilih oleh Allah untuk diuji pada hari tersebut..

bukan ke itu indah.kerana kite dipilih dari yang lain..untuk apa?

untuk kite diuji sama ada kite sabar dengan dugaan NYA..dan adakah kite juga akan "terambil"selipar yang lain?

sama2 la kite memikirkan nya dan bermuhasabah..


pesanan penaja: kalau selipar anda hilang atau diambil..jgn amik org lain punyer...balik je jalan kaki...tak de rasa hina pun..ok selamat beramal..

p/s: sekali hari ni my selipar kena amik la..hehhe..no hal la...byk lagi selipar kat umah...

Selasa, 19 Oktober 2010

sabtu yang ntah pe2 part II


so boeleh masuk part dua lak..mak ai...

salam semua..

yang jadi ntah pe2 tu sebab sabtu tu kurang sikit la..

sebab pe..well this is the story...

balik je dari beli sate..my wife yang tunggu je dalam kereta cakap kreta tadi bergegar sebab ada org buka pintu then sudah hentam my side punyer car la...bile check balik..mmg sah pun..abis tanggal cat putih kreta tu..sopek wei..aduh la...macam2 hal ..

to all malaysian....
kalau u all nak parking.... which is yang kiri n kanan ada kereta dah park....
make sure la u n ur partner or sapa2 la yang dok sebelah waima belakang anda supaya buka la pintu tu perlahan2...
hello..itu bukan pintu jamban yang nak ko buka hempas2...fikir la kreta sebelah yang ada..kalau dah kemek..kan ko gak yang kena kang...klu tak mau pun nak ganti or what so ever... at least say sorry ler...mahal sangat ke...nape la our malaysioan cam tu ek...
dah la buka pintu cam nak marah2...pastu blah gitu je cam org tak bersalah...nasib baik aku tak de masa tu..klu ada..sure kena ceramah ler....

pe la salahnyer ko buka slow2..hormat keter org sebelah..susah sangat ke..de.....

klu nak jadi orang atau masyarakat yang bertamadun...try to be one la..hidup kena la bermasyarakat..nak bermasyrakat kena la jaga hak org lain...MAAAAASYARAKAT......


P/S: pagi tadi one women sudah gesel penunggang moto kat LDP pastu blah je..mamat tu yang kena langgar tu dah tak boleh bangun..ko boleh blah je..tau ler ko bawa nissan skyline..nasib la ada brother sorang ni yang kejar kreta ni(senang sebab jalan jem) then sound lady driver ni..mmg macho la brother ni..macam polis buat roadblock lak..hahah

Jumaat, 26 Mac 2010

Tazkirah Jumaat - Kisah Ayat Seribu Dinar



KISAH AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar?


Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.

http://rekreasimindakita.blogspot.com/2009/04/kisah-ayat-seribu-dinar.html

Jumaat, 19 Mac 2010

Tazkirah Jumaat - Rugi tak baca!!




FADHILAT ASMAUL HUSNA

Al-Khaafidh, Ar-Raafi', Kiamat, Hakikat Manusia Dengan Ujian

19 Mac 2010 (3 Rabiul Akhir 1431H)



23. Al-Khaafidh : Yang Merendahkan (makhluknya)

“Ya Khaafidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ar-Raafi’ : Yang Meninggikan (makhluknya)

“Ya Raafi’!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


BILA LAUT PANAS DAN PECAH, BILA BUMI DIGEGARKAN

At-Takwir[6] Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. At-Takwir [14] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Lautan itu meluap-luap kerana panas dan di dasarnya adalah api iaitu api neraka.

Daripada Abdullah bin Amr, beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ‘Janganlah seseorang berlayar di lautan, kecuali menunaikan Haji atau melakukan Umrah atau berperang di Jalan Allah, kerana di bawah lautan itu ada api dan di bawah api tersebut ada laut.

Dalam ayat yang lain pula disebut lautan itu akan pecah bila tiba masanya..

Infitar[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Infitar [5]tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya..

Takutlah Allah yang akan membalikkan bumi ini…

Mulk[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu….

Bila tiba masanya , bumi juga akan memuntahkan isinya:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: “

Di akhir zaman, banyak berlaku gempa-bumi dan pembunuhan:

Rasulullah S.A.W. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan (Sahih Bukhari)

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :“Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh.”(Hadith Riwayat Muslim)




MENERIMA HAKIKAT MANUSIA AKAN DI SULAMI DENGAN UJIAN

Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia.

Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul.

Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya.

Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

info taken from http//tazkirahjumaat.blogspot.com/

tq for sharing...

Jumaat, 15 Januari 2010

Solat Sunat


KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

2 rakaat sunat sebelum Subuh

Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor

Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Asar

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka.

2 Rakaat selepas Solat Maghrib

Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

4 rakaat selepas Isyak

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Sunat Rawatib yang digalakkan (12 rakaat)

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda “Sesiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.”(Hadits riwayat Imam Muslim)

Sunat Dhuha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan) sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sunat Tahajjud

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit rakaatnya tetapi secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)


taken from http://tazkirahjumaat.blogspot.com/
tq u

Jumaat, 9 Oktober 2009

Tazkirah Jumaat :)



ALAM BARZAKH
9/10/2009


Dalam satu hadith disebut, kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-quran. Alam Barzakah menakutkan kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya.

Setiap alam ada problemnya, termasuklah Alam Barzakh. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama. Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka. Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya. Dalam hadith yang lain pula, sesiapa yang meninggal dunia, maka tertegaklah hari kiamatnya” (kiamat kecil).

Antara golongan yang disiksa dengan azab kubur ialah

1. mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir (kerana akidah mereka tidak betul)
2. mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya
3. mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba),
4. mereka yang tidak membersihkan air kencingnya.

Rasulullah SAW bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana sukamengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering “.( HR Bukhari dan Muslim )

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha atau cukup bilangannya) akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan. Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.


Sedekah membantu di Alam Barzakh

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, banyakkan sedekah kerana ia menyejukkan Alam Barzakh kerana Alam Barzakh itu panas.

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang Mukmin kelak dihari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.(HR Thabrani dari Uqbah Bin ‘Amir r.a.)


Selain siksaan terdapat juga nikmat di alam Barzakh

Ada orang yang tidur sahaja, ada yang bersembahyang, ada yang membaca Quran.

……Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh (70) hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya, kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Maka ia berkata: “Bolehkan aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan perihal kebaikanku keadaanku?” Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.

Ada orang yang semasa hidupnya di dunia banyak bersembahyang. Semasa di Alam Barzakh juga dia meminta untuk bersembahyang. Mereka asyik sembahyang hinggalah tiba hari kebangkitan semula. Ada juga yang didatangkan bidadari dari syurga untuk menemani mereka di Alam Barzakh. Mereka usik-mengusik hingga tercabut mutiara dari leher bidadari. Kemudian mereka asyik mengutip mutiara yang terjatuh itu dan sehinggalah tibanya hari dibangkitkan semula.

thanks to http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Khamis, 8 Oktober 2009

Bang..beli tisu bang..





Perkataan atau percakapan diatas mesti anda pernah dengar atau lalui.
Biasanya time kita makan kat gerai2..tiba ada orang buta datang pada kamu dan jual tisu kan..


Semalam keadaan ini telah pun ai lalui..tengah makan tiba2 ada orang datang..kalau u all pe u all rasa bile orang kacau?heheh

Actually that time is the best time u berfikir tau..fikir pe..fikir nasib orang2 OKU ni..I pun tak paham la kenape orang still ignore mereka..


Diorang ni bukan pemintak sedekah...diorang buat kerja halal..jual tisu..bukan curi ke mintak sedekah ke..so why not support la diorang...i geram kalau time somebody makan tapi still not contributing pe2..what i mean is..u all kan makan kan..why not beli la tisu tu..at least u boleh guna lepas abis makan nanti..u tak rugi pe2 pun..pahala lagi masuk ada la..

So klu benda ni terjadi kat u all.just support..ok..tisu tu berapa sen je..tapi why not bagi la lebih sikit..seringgit pun jadi la..niat dalam hati tu untuk sedekah..seringgit tu bagi kite just beli air satu gelas..but for them it means a lot...

Kite tak kan tau pe nasib kite nanti..so fikir2kan lah.. if u mmg tak de duit pun..at least cakap elok2..then doakan kesejahteraan dia..itu susah sangat ke...

p/s: maybe its just a tissue papers but actually its more than a world to give..adios..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Tazkirah Jumaat :)


Tazkirah Jumaat
2 Okt 2009 (13 Syawal 1430)


Dalam hadith disebut “Sembahyanglah, sihatlah kamu. Sembahyang boleh menguatkan tubuh badan kerana dari segi zahir kerana terdapat banyak pergerakan dalam ibadah sembahyang seperti berdiri, rukuk dan sujud. Sembahyang berdiri lebih banyak pahala kerana lebih banyak pergerakan berbanding duduk atau tidur dan juga lebih menyihatkan badan. Ada orang sembahyang 70 rakaat sunat setiap hari tidak perlu jogging lagi untuk menjaga kesihatannya.

Dalam hadith Riwayat Tabrani disebut “Solat itu menyebabkan otak kita sihat”. (Apabila kita sujud, banyak darah mengalir turun ke bahagian kepala). Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.

Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.“Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” Terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.“ “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus”. Pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: ” .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya (Hadith Riwayat Tabrani)

McFadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan: “Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.“Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik”.

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:

* Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf. Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
* Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
* Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
* Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit
* Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
* Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
* Memperelok dan membersihkan kulit.


Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan: “Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.“Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.“Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita”.

Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan: “Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya”.Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.

Benarlah Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.”. Berpuasa memberi kerihatan kepada bahagian perut setelah bekerja selama 11 bulan.

taken from:
http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

RENUNG2KAN DAN ..SELAMAT BERAMAL...

Khamis, 1 Oktober 2009

Tazkirah kejap

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik,

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=======================================================

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,

tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah,

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan… …

pick from seindahnama-iwaana.blogspot.com..tq

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails