Jumaat, 15 Januari 2010

Solat Sunat


KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

2 rakaat sunat sebelum Subuh

Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor

Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Asar

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka.

2 Rakaat selepas Solat Maghrib

Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

4 rakaat selepas Isyak

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Sunat Rawatib yang digalakkan (12 rakaat)

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda “Sesiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.”(Hadits riwayat Imam Muslim)

Sunat Dhuha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan) sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sunat Tahajjud

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit rakaatnya tetapi secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)


taken from http://tazkirahjumaat.blogspot.com/
tq u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails