Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2012

HADIAH DARI ISRAK MIKRAJ

HADIAH DARI ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum, 

Tepat pada malam 27 Rejab, terjadinya satu peristiwa yang amat luar biasa lagi bersejarah bagi umat Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj.

Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan berserta jasad dan rohnya.
Banyak hikmah dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang menggemparkan itu. Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.

Kemudian dari Masjidil Aqsa, nabi s.a.w. diMikrajkan dengan menjelajahi tujuh lapis langit hingga sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa. Dalam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Di sana Nabi s.a.w. berdailog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk nabi sampaikan pada umatnya.

Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas terjadinya tahun dukacita kerana pada tahun itu Rasulullah s.a.w. mendapat musibah secara berturut-turut dua insan yang amat disayangi dan tempat bergantung iaitu isterinya dan pamannya. Kehilangan kedua-dua insan ini memberi tamparan hebat kepada Nabi s.a.w.

Dan merasakan tugas menyeru penduduk Makkah kepada Islam tidak mampu dilanjutkan lantaran begitu hebat tentangan yang baginda terima. Baginda berangkat ke Thaif selepas merasa ruang untuk memgembangkan dakwah di Makkah begitu sukar dan berharap penduduk Thaif akan menerimanya sekali gus membantu perjuangannya.Namun tanpa diduga, bukan saja tidak sudi menerima seruan bahkan mendapat pelbagai cemuhan dan dilontarkan dengan batu sehingga muka dan tubuh baginda luka hingga baginda jatuh pengsan.

Baginda mengadu mengenai kelemahan dan kekurangan tenaganya dalam menghadapi orang kafir. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan sekiranya Nabi ingin membalas perlakuan jahat orang Thaif terlaksana tapi Nabi s.a.w. tidak bersifat pendendam. Atas tujuan menghiburkan Nabi dan memantapkan lagi iman baginda maka Allah menghantar malaikat Jibrail bersama kenderaan Buraq untuk menjemput Nabi menemui-Nya untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya dan meperteguhkan iltizam baginda dalam meyebarkan risalah-Nya.

Dalam perjalanan Israk Mikraj, pelbagai keadaan atau kejadian diperlihatkan kepada baginda. Semuanya menggambarkan fenomina yang pasti akan terjadi keatas umat baginda kelak. Segala gambaran yang sebenarnya menjadi teladan kepada kita semua.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menceritakan hal ini, antaranya :

Nabi s.a.w. menemui suatu kaum yang bercucuk tanam menuai hasilnya pada hari yang sama . Ini menggambarkan mereka yang berjihad pada jalan Allah, diperggandakan suatu kebajikan hingga 700 kali ganda.

Nabi s.a.w. melihat suatu kaum yang menghempapkan kepala mereka dengan batu besar dan sehingga kepala pecah dan ia pulih seperti sediakala. Mereka melakukan tanpa rasa penat. Inilah gambaran orang didunia malas dan berat kepalanya untuk menunaikan solat.

Ada kaum yang perut besar seperti rumah. Setiap kali mereka cuba bangun, mereka terjatuh. Ini adalah gambaran orang yang memakan riba. Ada kaum yang mengunting-guntingkan lidahnya, dan setiap kali lidahnya putus, kembali pulih semula . Ini gambaran ahli pidato yang membawa fitnah.

Banyak lagi kejadian yang diperlihatkan kepada baginda. Semuanya itu adalah pengajaran dan ingatan orang muslim. Sebelum dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama Malaikat Jibrail dan ruh anbiya'yang Allah berkati sekelilingnya.

Dari masjid ini, Nabi s.a.w. terus di mikrajkan iaitu dengan mejelajah tujuh lapis langit lalu sampai yang tertinggi iaitu Sidratul Muntaha bahkan ke Mustawa. Di sinilah baginda bermunajat dengan Allah dan Allah memberi hadiah yang mata bernilai untuk dibawa pulang kepada umat nabi Muhammad s.a.w. yakni perintah solat lima waktu sehari semalam.

Umat Islam yang benar-benar mempercayai bahawa Qiamat itu pasti datang dan setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan, sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa israk mikraj yang menakjubkan itu Solat pula adalah satu ibadat yang istimewa dan terpenting. Rasulullah menerimanya secara langsung dari Allah sedangkan ibadat puasa, zakat dan haji diwahyukan melalui Malaikat Jibrail.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi lautan hikmah yang harus dikaji dan diteliti terutama betapa pentingnya solat dalam kehidupan seseorang Muslim. DEngan solat, setiap Muslim dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari dalam bentuk dialog langsung. Jika kita jauh tersesat dan banyak melanggar larangan Allah, hentikanlah dengan segera dan kembali melakukan pekerjaan kebajikan.

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Jika minggu lepas, ruangan Bimbingan Rohani menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj bersempena dengan bulan Rejab yang penuh keberkatan ini, maka minggu ini kita akan dapat melihat sebahagian daripada hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ke arah meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah S.W.T. Kami juga menggalakkan anda membaca pelbagai bahan bacaan atau mengikuti pengajian ilmu yang berkaitan bagi menambah pengetahuan serta meluaskan perspektif tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini.


Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah:

1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah S.A.W. dari kota Mekah ke Baitul Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa yang begitu singkat, iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W. menceritakan tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah, mereka mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As-Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar".

2. Sebelum Rasulullah di"israk"kan, baginda telah menjalani suatu "pembedahan" untuk membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu membersihkan diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik dan menanamkan sifat mahmudah yang baik. Dengan jiwa yang tenang, penuh keimanan dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah S.W.T.

3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W. semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, ada yang melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T.

4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya bahawa iman dan akidah yang teguh merupakan asas kepada sifat keislaman yang sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga. Walaupun diugut dan dibunuh oleh mereka yang kufur, Allah S.W.T. menganggap pengorbanan itu sebagai suatu syuhada atau jihad kerana mempertahankan agama Allah.

5. Orang yang beramal soleh dan berjihad di jalan Allah akan diberi balasan berlipat ganda seperti satu kaum yang menanam dan menuai hasil tanaman mereka yang keluar berulang-ulang kali.

6. Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail A.S. Ini jelas menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T. kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah S.W.T.

7. Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat-tempat tersebut.

8. Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita kerjakan sehingga hari ini.

9. Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T.:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Bimbingan Rohani menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).



wallahualam..~

Jumaat, 27 Januari 2012

Bersin..benda yang baik jangan dipertikaikan..hehe

Haccccummmm.....
alhamdulillah..

assalamulaikum semua..
salam jumaat yang barakah..mari kite share info dan ilmu pagi ni..


al kisah kawan kamu bersin pagi2 ni..maka ada juga kawan kamu berkata..ceh bawa virus..maka tatkala si penyebut itu berkata..terfikir dibenak ini untuk berfikir lagi sejenak..mungkin betul juga tapi apakah itu sahaja semata2..yang kotor....sedangkan allah jua lah yang memberi kite nikmat bersin..tidakkah kamu tahu...bahawa manusia pertama yang dicipta allah (nabi adam) adalah org yang mula2 bersin tatkala roh dimasukkan ke dalam tubuh beliau..seraya ia mengucapkan alhamdulilah..maka makhluk allah yang lain mengakui betapa tgi nya makhluk allah yang diciptakan tersebut..perkara pertama yang sebut kan ialah memuji kebesaran dan kesyukuran allah...
  • Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. 

  • Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

  • Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. 

  • Untuk itu, setelah bersin, sejatinya membaca hamdalah sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. 

  • Rasul bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian bersin, ucapkan 'alhamdulillah' (segala pujian bagi Allah). Dan hendaklah orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu). 

  • Dan orang yang bersih tadi membaca doa yahdikumullahu wa yushlihu balakum (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)." (HR Bukhari).

Maka..jika terdengar rakan anda bersin..doakan lah kesejahteraan mereka..insyaAllah..kite semua akan mendapat kebaikan nya.

wallahualam...

Jumaat, 16 April 2010

Aku dapat Surat dari admin office...


semalam...time2 cam ni la...
aku dikejutkan dengan satu surat...

petang2 pun ada surat...
alamak SULIT lagi tu...

masak aku...kena tukar unit ke..
atau...,
,
,,
,
,
,
,,
,
will let u all know soon..or diam je ..
kang jadi lain lak...

bior teman pikior dulu...


p/s: petang tadi ada ceramah agama sangat menarik pasal keluarga bahagia..ayat paling best...lebih kurang cam ni la...

"Masa kite dilahirkan...kita menangis tetapi orang lain akan memberi senyuman...maka..hargai lah kehidupan dengan sebaiknya agar satu hari nanti...kite akan pergi (mati) dengan orang lain menangis kesedihan tetapi kite pergi dengan senyuman kepuasan"

Khamis, 25 Februari 2010

Maulidur Rasul + Nasyid


Salam..esok adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SWT...

maulid kali ni menyimpan seribu kenangan pada aku tahun ni..

why?
sebab aku berjaya membawa masuk budaya nasyid di dalam opis aku..
panjang cite neyr..nway..

cite cam ne nasyid ni boleh tertubuh ada kat blog zuraidi yang jadi lead singer...

aku sebagai ketua kumpulan ni harap kumpulan ini kan terus mendapat sambutan..

Ahad, 31 Januari 2010

Bentuk Hutang, Pinjam, Hadiah & Hantaran Yang Boleh Jadi Haram- ustaz zaharuddin


Aku gemar membaca artikel yang dihasilkan oleh ustaz zaharuddin.. Untuk kali ini, satu artikel yang aku rasakan cukup penting dalam kehidupan kita..mengenai pinjaman... kite sering membuat pinjaman peribadi, rumah, kereta dll. tetapi apakah hukum bagi pinjaman itu? bagaimana pula pinjaman bersama rakan2? Aku "merah"kan ayat yang aku rasakan cukup penting di mana kita perlu berfikir kembali..adakah selama ini kita betul atau kita tidak tahu? Dibawah adalah artikel yang dikongsi bersama yang diperoleh daripada www.zaharuddin.net Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama...
________________________________________________________________



Riba al-Qardh adalah sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Riba jenis ini boleh dikira sebagai yang paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.


Riba jenis ini bergantung kukuh kepada hadis berikut :

كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

Ertinya: "Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba." [1]

Walaupun terdapat pertikaian berkenaan tahap ketulenan hadis ini, kandungan hadis terbabit telah menjadi satu kesepakatan atau ijma di kalangan para ulama. Hadis itu mungkin boleh disalah fahami ertinya jika hanya dilihat kepada teksnya, ini kerana jika setiap pinjaman yang membawa manfaat itu riba, maka semua jenis pemberian pinjam adalah haram dan riba, kerana setiap pinjaman walaupun tanpa faedah atau tambah, akan memberikan manfaat buat peminjam, ia juga memberikan manfaat kepada pemberi pinjam dari sudut pahala dan kebaikan akhirat. Namun itu bukanlah kefahaman yang tepat, kerana berdasarkan pelbagai nas dan athar sahabat yang lain[2], manfaat yang dimaksudkan :-

* Terhad kepada manfaat material dan bukan spiritual seperti pahala
* Ia akan manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjam dan bukan peminjam. Justeru jika pemberi pinjam menerima pujian dan terima kasih atas kebaikannya, ia tidak termasuk di dalam manfaat yang haram.
* Ia juga merujuk kepada sesuatu manfaat material yang disyaratkan. Justeru, manfaat yang tidak disyaratkan adalah terkeluar daripada konteks hadis. As-Syawkani berkata :

إِذَا كَانَتْ الزِّياَدَةُ مَشْرُوطَةً فِي العَقْدِ فَتُحْرَمُ اِتِّفَاقًا

Ertinya : Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka diharakmkan secara sepakat [3]



Itulah tiga panduan asas di dalam memahami hadis berkaitan riba yang berlaku di dalam aktiviti pinjaman dan hutang. Sebagai penjelasan tambahan, Ibn Qudamah berkata:

كُلّ قَرْضٍ شَرَطَ فِيْهِ أَنْ يَزِيدَهُ فَهُوَ حَرَامٌ بِغَيْرِ خِلاَف

Ertinya: "Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang pertikaian." [4]

Ibn Munzir pula berkata :

أَجْمَعُوا عَلىَ أنّ المُسْلِفَ إِذَا شَرَطَ عَلىَ المُسْتَسْلِفِ زِياَدَةً أوْ هَدِيَةً , فَأسْلَفَ عَلىَ ذَلِك , أنّ أَخْذَ الزِّياَدَةِ عَلىَ ذَلِكَ رِباَ

Maksudnya : Telah ijma bahawa apabila pemberi pinjam meletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka pinjaman diberikan, sebarang tambahan yang diambil adalah riba. [5]

Al-Bukhari pernah mencatatkan bahawa Nabi s.a.w berkata :

إذَا أقْرضَ فَلاَ يَأخُذُ هَدِيةً

Maksudnya : Apa memberi pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.

(Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

Justeru itu, tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh pemberi peminjam melalui aktiviti pinjaman ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam Islam sebagai Qardh al-Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).

BEBERAPA JENIS RIBA QARD YANG POPULAR



Beberapa jenis riba Al-Qardh yang popular boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk, iaitu:-



1) Duit berbalas duit yang lebih banyak Contoh : Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM2500 dalam masa tiga bulan. Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai semasa pemulangannya akibat jangka tempoh waktu adalah riba al-Qardh. Ini adalah dari jenis time value of money[6] yang diharamkan di dalam Islam.

Bagaimanapun, sekiranya Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah tanpa sebrang paksaan atau syarat oleh Ali, di ketika pinjaman dibuat atau sepanjang tempoh pinjaman, ia adalah halal lagi terpuji di sisi Islam. Hal ini pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w apabila baginda membelikan unta yang lebih baik dari apa yang dipinjam dan digunakan oleh Nabi, tatkala itu Nabi meminta sahabat pergi membelikan seekor unta yang lebih baik, lalu berkata:-

فَإِنّ خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُم قَضَاءً

Maksudnya : "Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik"

(Riwayat Al-Bukhari)

Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walau dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah. Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah swt. Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah swt. Justeru walau ditawar oleh peminjam dengan keredhaannya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.

2) Duit berbalas duit beserta sesuatu manfaat

Contoh Pertama : Kamil memberi pinjam sebanyak RM1000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan, sebagai balasan Kamil mensyaratkan Hasan untuk membantunya menyiapkan kerja universitinya.

Contoh Kedua : Husin memberi pinjaman sebanyak RM5000 kepada Karim dan disyaratkan ke atas Karim untuk membeli komputer yang sedang dijual oleh Husin atau menyewa sebuah bilik di rumah sewanya.

Dalam contoh pertama di atas, bantuan menyiapkan kerja universiti itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman. Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas satu tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman yang diberi walaupun tiada sebarang jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.

Manakala dalam contoh kedua, ia tergolong dalam mensyaratkan sesuatu bentuk manfaat, Cuma manfaat kali ini lebih berselindung kerana menggunakan satu kontrak lain, sama ada jual beli atau sewa. Kedua-dua contoh ini hukumnya adalah haram berlandaskan nas berikut (selain nas umum yang dinyatakan sebelum ini):

لاَ يَحِل بَيْعٌ وَسَلَفٌ

Maksudnya: Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh.

( Riwayat At-Tirmizi) [7]

Al-Baghawi menyatakan erti (سلف ) dalam hadis ini adalah Qardh iaitu pinjam. Imam Ahmad semasa ditanya berkenaan erti hadis ini menerangkan ia membawa maksud, seseorang mmebri pinjam kemudian menjual sesuatu kepadapeminjam dan mengambil keuntungan darinya. [8]

Jelas, tindakan mensyaratkan jual beli, sewa atau apa-apa manfaat lain adalah tergolong dalam riba melalui helah-helah tertentu, namun hukumnya tetap sama, iaitu haram.

3) Manfaat berbalas manfaat yang lebih Contoh : Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal semasa pinjaman dilakukan, ia tidak penuh. Dalam contoh di atas, Riba berlaku juga kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih yang disyaratkan. Ia juga tergolong di dalam ijma' yang disebutkan oleh Ibn Qudamah. Ini kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman. Sekiranya, dalam kes ini, pemberi pinjam ingin memperolehi sesuatu keuntungan seperti yang disebut di atas, pemberi pinjam tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam' semasa memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa' dengan nilai sewa, setangki penuh minyak. Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperolehi adalah halal.

Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat (end result) bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian ia berbeza di sisi Allah swt, kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya. Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa' ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik meneirma habuan di dunia berbanding habuan akhirat.



Nabi Muhammad s.a.w berkata:

رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ

Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi ) bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki ( mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan."

(Riwayat oleh Ibn Majah)[9]

Inilah juga yang disebutkan oleh Al-Jassas di dalam kitab beliau Ahkam al-Quran :

سَمّاهُ اللهُ قَرْضاً تَأكِيْداً ِلاسْتِحْقَاقِ الثَّوَابِ بِهِ؛ إِذْ لاَ يَكُونَ قَرْضاً إِلاّ وَالعِوَضُ مُسْتَحَقٌّ بِه

Ertinya : "Allah menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya" [10]

4) Hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.

Contoh : Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan hari ini dengan syarat Hasan akan menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan hadapan.

Ia juga termasuk di dalam kategori riba al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walau menggunakan lafaz hadiah. Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah substance atau rangka asas kontrak yang merupakan pinjaman beserta faedah.

5) Hadiah bersyarat hadiah. Contoh : Pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 7 buah dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala, pihak wanita bersteuju dengan balasan 9 buah dulang bernilai RM13,000. Dalam konteks ini, masih berlaku syubhat riba al-Qardh jika sekiranya kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM 10,000 berbalas RM13,000. Namun jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga, dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus. Apa yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.



Semoga kita semua dapat belajar, memahami dan menjauhi diri dari terjebak dalam dosa riba yang amat dikeji oleh Allah swt.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/855/72/

Rabu, 16 Disember 2009

Awal Muharram 2009/1431 hijrah





Apa itu awal muharram?

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.-wikipedia

Hakikatnya..
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

sumber:al-azim.com
---------------------------------------------------------------------------------
Dalam diam tak diam, dah nak masuk tahun baru bagi kalender islam..Masuk bulan Muharram bermaksud masuk tahun yang baru..Kena pulak dengan bulan Disember..mmg dekat sama lah ngan kelender satu lagi..pendek kata..sambutan baru lah...


Adakah kite dah pasang azam baru?bagi yang belum tu eloklah buat..tak banyak ..sikit pun jadi lah..tapi make sure azam tu untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya..

So tahun ni 1 Muharram jatuh pada hari jumaat ni.Maka pada hari khamis selepas asar..agak2 nak masuk magrib tu baca la doa akhir tahun seperti dibawah



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Then lepas masuk n solat maghrib...bacalah doa ini..



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

----------------------------------------------------------------------------------
Sedikit info berkenaan bulan Muharram


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Akhir kata..selamat menyambut tahun baru..

Selasa, 15 Disember 2009

Nilai Mas Kahwin di Selangor RM 300?


Ha..bile buka je tajuk ni..mula la ramai yang susah hati..Daripada RM80 ke RM300...banyak tu peningkatan...Ada yang setuju dan tak kurang yang tak setuju..Anda bagaimana?

Hakikatnya, perkara ini bukanlah satu yang susah..saya boleh huraikan dengan lebih panjang lebar berhubung perkara ini namun biarlah saya selaku yang kurang tinggi ilmu ni mmemberi pendapat dan pandangan...


RM300 mas kahwin..handset zaman sekarang yang ada kamera, boleh on internet, ada wifi, etc=harga lebih dari seribu..mmg la hset lagi mahal kan.tapi tak la pulak org dok komplen mahal..beli gak..ni perkara wajib pun nak mengeluh..


ada orang kata yang sebab nilai tu tinggi dan ramai andartu akan wujud dan bertmabah..betul ke..i think no la..diorang jadi andartu bukan sebab nilai tu..cuma belum ada jodoh(tu yang selalu depa cakap la).hakikatnya komitmen terhadap kerjaya adalah yang utama bagi mereka.

yang kata nilai tinggi tu bukan mas kawin..tapi hantaran!!!..jangan salahkan mas kawin je..perlu diingat..mas kahwin tu khas untuk isteri..orang lain acm mertua tak berhak amik se sen pun..so klu 300 pun duit utk isteri gak..beli cincin ribu2 tak kan 300 pun tak larat bang..kata sayang..hehh

so bagi sapa2 yang menidakkan hakikat kenaikan nilai mas kawin ni..fikir semula..
Mungkin bagi yang berpendapatan rendah agak megeluh hal ini..tapi sedar tak sedar..kos kenduri, sewa baju, khemah kompang suma tu lagi la terlebih mahal..mungkin itu yang perlu dikurangkan dan tumpukan yang wajib..


org nak kawin mesti dah lama buat persiapan kan..ada yang setahun siap dah..bagus tu..sma gak ngan persiapan mas kawin..pe la sangat 300..klu setahun tu simpan..sebulan RM25 je..korang top up pun 30 minimun sebulan..betul x..

duit boleh dicari...so jgn la fikir benda ni beban..benda wajib tu kena la ikut..dah wajib tak buat tak boleh la..cian la buat isteri..tu hak mereka..kite kena jadi org yang positif..percaya lah..tak de yang baik selain yang terbaik untuk bakal isteri kite..


Kadang2 ada gak yang mencelah,sebab tinggi mas kawin akan tinggi lagi maksiat...sebab tak mampu bayar..this is rubbish!!..maksiat tu datang dari godaan syaitan kepada org yang tak beriman..mana datang maksiat klu asyik keluar dating je..dating tu lagi la pakai duit..tak kisah lak..manusia..manusia


Ini just pendapat saya..anda? bagaimana?

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails