Rabu, 31 Mac 2010

Gambar ilusi (3D) dari kapur tulis-FUhhHhh!







jangan tak tau..ni pakai kapur je tau.ala yang guna masa dulu2 time belajar la..
nampak 3d betul..kat msia ni bile nak buat..ala2 taman cam tu ke..
kan mantop...
gambar2 ni untuk di"share" tengok yek..

p/s: selalu pakai kaur makan untuk goreng pisang!hehhe

Selasa, 30 Mac 2010

Award - Top Blogger 2010

adehh...dapat gak award..dah lama tak dapat..heheh.bukan pe..lama tak amik..org suruh amik pun tak sempat..ni sebab irakecik dah bagi kite kena amik la..ceh3....lain kali bagi lagi ek.....mana bleh tak amik....nak kumpul ni..ada ke tak nak..


so pe lagi..layan...




1) Thank and link the person that give u the award

- Thanks to irakecik sebab bagi 'Top Blogger 2010' award nie. nama je kecik tapi besar hati sungguh..tq3...

2) Pass this award onto 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic...

nak bagi award nie kat:



zuraidi

ainz

wanie

kak eynda

MEMEYmia

rowena

baby blu

mia_ina

mummy dasy

amira farhana

mish lolipop

kay nisa

mindbreaking

luzfiq

adya a

farra ain

sniffa93

nisa

az_princess

hazwan faiz



to all yang ada nama ni ..amik la yek..yang tak de nama pun amik la..as long as u nak amik..amik lah..
mana2 yang dah ada tu..tak pe la..amik je klu nak lagi..heheh

link to my blog ok..thknzzzzz


Pembentangan model ekonomi baru oleh PM Najib








hari ni kul 10 aku n team bergegas ke PSM untuk tengok tv..haha


pe lagi./.nak tau perkembangan model ekonomi baru yang di bentang oleh PM..

so kat gambar adalah the rest of the MPCian..
KP pun ada..

hahah gambar curi2..


so adakah model ni akan bawa negara ke negara yang berpendapatan tinggi?

ada yang cakap model ni biasa2 je..macam tak improve much..

pe kata pakar ekonomi?

Animated wallpaper maker software - Mychoice


software ni i dah test..overall ok la..menarik gak..cam best2 je daripada typical wallpaper yang statics..

dengan software ni..wallpaper u all akn nampak lebih "live"

so detail ada kat bawah..test dulu ma..

HOW IT WORKS

Animated Wallpaper Maker is all-in-one solution for customizing your desktop background with amazing animations effects. It contains an editor that allows you to add animation to standard windows wallpaper (supporting all common image formats) and a built-in player replaces the static windows background with an animated one. The wallpaper animation requires minimum system resources and can be disabled/enabled at will.

FEATURES

* Free to try. Just download and install our trial version. No fee, no registration needed. Evaluate animated wallpapers on your desktop right now!
* Realistic live animation effects. Animated Wallpaper Maker uses up-to-date computer graphic effects for the best picture quality.
* Low resource requirements. Our software was designed to work jointly with office and home software without slowing it down.
* Wallpaper slideshow mode. Animated Wallpaper Maker can operate as wallpaper changer with a smooth fade in/fade out effect.
* Windows Vista/XP support. Animated wallpapers work correctly in both versions of Windows: XP and Vista.
* Instant support.. All registered users are provided with priority technical support. Feel free to contact us with any software-related questions.


cite banyak pun tak guna..pe kata test..
download je kat cini..
http://download.cnet.com/Animated-Wallpaper-Maker/3000-2336_4-10833543.html

Isnin, 29 Mac 2010

2 days - no blogging ?


ok..dah 2 hari aku tak update kat blog ni..

sebabnye i pi jalan2 lah..tapi jalan2 yang dirancang sampai terus balik kg...

ni baru balik la ni..nasib dah apply cuti..cuti pun tapi cam tak cuti..org dok kol n sms tanya macam2 data etc..

so sok keje n update pe ce pi jalan2 ni...

to blogger fren..sorry tak sempat blogwalking..kang i qada' klu mana yang sempat..

adoi..ssss...ops..adiossssss

Sabtu, 27 Mac 2010

F1 Australia Qantas GP qualifying result


Kurang 24 jam dari sekarang..GP Australia akan bermula..

Pasukan dari REd Bull mendominasi petak hadapan dengan vettel dan webber berada pada petak 1 dan 2.

manakala fernando alonso berada pada petak ketiga...

adakah result sama kan berlaku seperti di Bahrin..???

Bagaimana dengan pasukan negara kita? LOtus ?

pasukan lotus seperti perlumbaan yang lalu..berada pada petak ke 19 dan 20..

hm...bolehkah pasukan ini boleh abiskan perlumbaan..

sama2 lah kite menyokong dan menyaksikan perlumbaan tersebut!!!

untuk makluman lebih lanjut ..go to www.formula1.com

Jumaat, 26 Mac 2010

Tips untuk dapatkan anak yang baik dan cemerlang + rahsia pemakanan dalam islam


INFO: Tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Who will be The crown of EPL?? Man utd or Chelsea??



Dengan berbaki 7 perlawanan..siapa yang akan berada dipuncak liga?

Pertarungan diantara 3 major teams...Man u, Chelsea dan Arsenal..

Ramai meramalkan 2 team sahaja yang akan bertarung sengit..iaitu chelsea dan Man utd.

Kite cuba analisis dibawah....


Chelsea's upcoming league fixtures (3 home, 2 away)

Sat Mar 27 - Aston Villa (h)
Sat Apr 3 - Man Utd (a)
Tue Apr 13 - Bolton (h)
Sat Apr 17 - Tottenham (a)
Sun Apr 25 - Stoke (h)

Manchester Utd's upcoming league fixtures
(2 home, 4 away)
Sat Mar 27 - Bolton (a)
Sat Apr 3 - Chelsea (h)
Sun Apr 11 - Blackburn (a)
Sat Apr 17 - Man City (a)
Sun Apr 25 - Tottenham (h)
Sat May 1 = Sunderland (a)

Arsenal's upcoming league fixtures
(2 home, 4 away)
Sat Mar 27 - Birmingham (a)
Sat Apr 3 - Wolverhampton (h)
Sat Apr 10 - Tottenham (a)
Sun Apr 18 - Wigan (a)
Sat Apr 24 - Man City (h)
Sat May 1 - Blackburn (a)



siapa pula yang menyerlah dalam jaringan gol..

The race for the Premier League Golden Boot
Rooney (Man Utd) 26
Drogba (Chelsea) 24
Bent (Sunderland) 20
Defoe (Tottenham) 17
Tevez (Man City) 16
Torres (Liverpool) 16
Fabregas (Arsenal) 15

Tazkirah Jumaat - Kisah Ayat Seribu Dinar



KISAH AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar?


Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.

http://rekreasimindakita.blogspot.com/2009/04/kisah-ayat-seribu-dinar.html

Khamis, 25 Mac 2010

Korang kenal tak mamat ni?

kenal x?

pehal ngan mamat ni?

ada kes ke?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
ahhahaha.ni la muka budak baru beli hanset baru..tengok explore hset biasa...

murah tapi bagus punyer...for me, ok la as long as dia ada fungsi macam hphone...

aku punyer pun dah nak KO dah ni..nak beli yang bagus sumber kurang lak...

pe2 pun...klu u all tak de bajet nak amik yang power cam berry ke i phone ke...just tak yah beli..klu ada beli la..no hal punyer pun..aiyah..

yang cian tu klu tak de bajet...tapi terpaksa beli yang canggih...seksa diri tu bang...

insyaAllah rezeki tu ada....sabar je dulu...beli keperluan anak bini dulu...yang sewajarnyer...

tapi klu anak bini nak macam2...yang mahal...pe kite nak buat...?????adoi la..cian kan..

kite ikut sunnah je...cam ne tu...

bersederhanalah dalam segala perkara!!!

ingat!!!! sederhana....ataupun wasatiah...ok anak2...


so zu...haset ko tetap power bagi aku..yang penting...ada torchlight baekkk punyer...

assalamualaikum...

Rabu, 24 Mac 2010

STreeSSSS


Hari ni aku agak stress kat opis ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
i need a vacation...



zoo melaka..tungguuuuuuu

Selasa, 23 Mac 2010

Sabtu yang "terbang2"-SIRI 2


Ok..salam tengahari...sambung pagi tadi..




si bapa yang sedang menerangkan sesuatu kepada anaknyer


budak2 yang baru nak belajar..


tak tau kenapa budak ni suka sangat naik heli


ni test lak kapal terbang kargo...


bile dah suka sangat,..nak balik pun tak nak..


heli ni dah rosak..cubaan utuk baiki..heheh..poyo betul


antara yang ada dalam hanger..

ada lagi....tapi next time..hehe


Sabtu yang "terbang2"-SIRI 1


Salam....

pagi ni baca entry kak eynda.."bagaimana hari sabtu saya"..

ha i also have the story ma..

hehe.after pi kenduri kat sungai besi..sepupu abah..kami wakil je..
kebetulan ada muzium tudm kat sebelah..them why not singgah..

abah kata dia pernah bawa kitorang masa kecik2 dulu..masa tu i baru 1-2 tahun kot..ada lagi gambr dia..betul ke?betul kot






sepupu..anak i n anak abang

kat luar ni ada 2 super hawk satu kapal pe ntah nama dia..



sayang benda ni..tengok la..penuh najis burung..tak maintain ke?malu pada pelancong aihh..


pe ada dalam haner lak..lagi banyak kapal terbang..kite tunggu SIRI kedua thgri ni ok...time keje dah ni...


tunggu tau..kata balqis..heheh

Isnin, 22 Mac 2010

Al-Kisah Linda Onn ..... Hot Air Ballon, Putrajaya



al kisah....
alkisah tersebut la kisah..hehe

Last saturday..pagi2 lagi kami satu family dah menuju kat putrajaya..

mana lagi ..tengok belon panas la..mmg panas la...pagi2 dah cuaca panas..

panas2 pun..mmg seronok..macam2 aktiviti ada la..

bau toilet je tak best..





ha ni korang tunggu la nak naik belon..beratur la..aku malas..tak sanggup..

ni la kisah ni..linda Onn ada task ke pe ntah.nak naik belon ni..gaya cam takut..tu dia..tengok gaya tu banyak harapan nak dicapai..
linda: boleh tak aku ni..gayat!!


time nak naik ke turun..x sure..muka suka+takut kot..:)


so amacm?
seronok dia ni sejak join suria fm






"umi..kakak nak naik cam linda Onn"...kata balqis..:)

Ahad, 21 Mac 2010

Man Utd vs Liverpool 21/03/2010 update!!!


pic credit from goal.com

Akhirnya...

man utd 2 rooney, park ; liverpool 1 torres

Well this is a big result for United, and a bad loss for Liverpool in the race for fourth spot. Goals from Rooney and Park sealed the win, after Torres gave them the lead. United just had more in attack than Liverpool, and made it count.




Jumaat, 19 Mac 2010

Pemain BOla Sepak EPL Gian C.O.D -TOP NEWS!!!!!



Latest News!!!

Rupa-rupanyer bukan takat diorang shoot bola kat padang je tapi diorang dah kemaruk dah shoot benda lain..

Percaya atau tak, pemain bola sepak dalam EPL yang kite tengok setiap minggu ni gian main game C.O.D..

CoD tu call of Duty..version modern Walfare..

game online ni mmg meletop abis..berjuta-juta org main..

yang kelakar nyer..korang bayangkan..abis traning bola je..suma player terus pi main game ni..korang tau sapa yang cakap ni...ha...Darent Bent dari Sunderland...top player tu pun ngaku addicted..

dia cakap lagi..20 org main dalam game ni dalam team dia..yang part best nyer..diorang main sambil lawan team C.O.D team EPL yang lain ..stoke city la Chelsea pun ada...

hm...patut la diorang main tak konsisten...penat main game kot..hahah

agak2 player team Malaysia ada main tak..???

Tazkirah Jumaat - Rugi tak baca!!




FADHILAT ASMAUL HUSNA

Al-Khaafidh, Ar-Raafi', Kiamat, Hakikat Manusia Dengan Ujian

19 Mac 2010 (3 Rabiul Akhir 1431H)



23. Al-Khaafidh : Yang Merendahkan (makhluknya)

“Ya Khaafidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ar-Raafi’ : Yang Meninggikan (makhluknya)

“Ya Raafi’!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


BILA LAUT PANAS DAN PECAH, BILA BUMI DIGEGARKAN

At-Takwir[6] Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. At-Takwir [14] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Lautan itu meluap-luap kerana panas dan di dasarnya adalah api iaitu api neraka.

Daripada Abdullah bin Amr, beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ‘Janganlah seseorang berlayar di lautan, kecuali menunaikan Haji atau melakukan Umrah atau berperang di Jalan Allah, kerana di bawah lautan itu ada api dan di bawah api tersebut ada laut.

Dalam ayat yang lain pula disebut lautan itu akan pecah bila tiba masanya..

Infitar[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Infitar [5]tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya..

Takutlah Allah yang akan membalikkan bumi ini…

Mulk[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu….

Bila tiba masanya , bumi juga akan memuntahkan isinya:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: “

Di akhir zaman, banyak berlaku gempa-bumi dan pembunuhan:

Rasulullah S.A.W. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan (Sahih Bukhari)

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :“Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh.”(Hadith Riwayat Muslim)




MENERIMA HAKIKAT MANUSIA AKAN DI SULAMI DENGAN UJIAN

Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia.

Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul.

Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya.

Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

info taken from http//tazkirahjumaat.blogspot.com/

tq for sharing...

Khamis, 18 Mac 2010

Jom Padam Lampu sayang...:)hehe

Hehe..jom la padam..

Buat pe?

Sokong Earth HOur 2010..

Bile?

Seminggu lebih lagi..27hb ni..

Perlu ke?

ehh...memang la perlu..kalau tak..bumi ni panas tau x..

Yeke?

Yeke la..nanti tunggu edisi kedua kenapa perlu kempen cam ni ok..

adiosss......!!!

Rabu, 17 Mac 2010

Sape nak makan Dorayaki Scones???!!!sedap ni




Ha ni ada benda best yang u all boleh test..senang je..

Thnks to Nestle coz email i resipi ni..so i share la kan..



Bahan A
150 gm tepung
1 cawan NESTUM® Original All Family Cereal
1/3 cawan NESPRAY® Fortified Milk Powder
2 sudu gula kastor
3 sudu kecil baking powder


Bahan B
1 biji telur
250 ml air
1 sudu kecil minyak masak
½ sudu kecil vanilla essence
jem strawberry





Cara nak buat nyer..

1. Campur bahan A ke dalam mangkuk. kacau sampai rata..then masuk lak bahan B
juga..


2. Gaul bahan suma tu samapi sebati yek..bagi dia nampak smooth and thick batter.


3. Panaskan non-stick frying pan dan letak la dalam acuan..bagi setengah je..pastu masuk la jem strawberry..kat tengah2 ye.


4. tambah adunan tu lagi.. Cook over low heat until bubbles rise and burst. Turn and cook on the other side.

Amacam ok kan..ni ada info sikit

Nutritional Info(Per Serving)

Energy 168Kcal
Carbohydrates 30g
Protein 5.2g
Fat 2.8g

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails