Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan

Rabu, 20 Januari 2010

ADuh..injured lagi!!


Aduh...kaki aku terseliuh la pulak ari ni...bukan je terseliuh je taoi salah urat gak kat peha.

ni gara2 takraw la ni..cam ne nak main sok ni..ceh..ada hati nak main sok..abis tu nak wat cam ne..sok dah ada tournament..lawan team TKP lak tu.hahah.

balik je aku terus wat R>I>C>E..bukan nasi nasi...


R -

'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

I -


'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

C -


'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

E -


'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

harap2 mlm tido lena n sok pagi boleh bangun..jangan tak boleh gerak dah le..sok pagi mesti sengal2 ni

adehhhh

Ahad, 20 Disember 2009

Kebaikan seks selepas bersalin

taken from utusan Malaysia

---------------------------------------------------

AMALAN di kalangan wanita di Kelantan, mereka lazimnya tidak melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin. Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan turun temurun daripada emak kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu. Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.

Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.

Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!

Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan menyeronokkan tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama untuk beberapa julat masa akan datang selepas ketibaan ahli keluarga baru.

Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya sama seperti pelari marathon semasa Sukan Olimpik! Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.

Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.

Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta fokus isteri sekarang sebagai seorang ibu mula menampakkan keanggunan seorang wanita.

Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai ‘postpartum’, kehadiran si sayang baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.

Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda hubungan kelamin bermula. Suami tentu dan perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.

Keinginan

Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan hubungan kelamin. Ada doktor yang menasihati supaya berehat dari hubungan kelamin selama 6 minggu, namun nasihat ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh.

Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:

* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.

* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran

* Penyembuhan dari pembedahan caesarean

Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin termasuklah:

* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta mengambil makanan yang berkhasiat. Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.

* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.

* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi untuk mengelakkan kekeringan.

* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalu berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih).

* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.

* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.

Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan mereka mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.

Termengandung?

Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel untuk masa sekarang. Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses ovulasi mungkin berlaku selepas 3 bulan.

Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.

Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.

Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.

Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat ini kerana ibu masih menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.

Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum mengandung.

Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang dikeluarkan boleh mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin. Begitulah juga dengan penyusuan badan. Rahim akan cepat ke saiz asal. Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100 peratus, kitaran haid ibu mungkin kembali pada minggu keempat.

Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa. Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen wanita dari ovari. Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.

Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan. Mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan zakar-faraj dengan meningkatkan tempoh sentuh menyentuh atau cumbuan.

Perubahan

Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan runsing, dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor untuk nasihat.

Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita estrogen serta progesteron jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami keadaan seakan-akan ‘menopaus’ terutamanya pada kawasan sekitar faraj. Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta iritasi dari sabun ataupun cecair pencuci faraj.

Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi dengan kehadiran darah dan juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun jenis-jenis kondom yang digunakan.

Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum adalah bahagian tubuh puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan lagi proses penyembuhan. basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.

Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari bahagian dubur tidak merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

Emosi

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin. Ini juga menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti ini ingin dimulakan. Kemurungan ini akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta perubahan perhubungan di antara suami serta si comel.

Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.

Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan, kadang-kala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris. Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua minggu dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.

Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!

Jumaat, 11 Disember 2009

Seks di waktu pagi



Ha...post pertama bab rumahtangga...sorry ayat tu cam pelik sikit..banyak dari penerbitan dari indonesia..thans to our rumpun bangsa anyway..heheh

-----------------------------------------------------------------------------------
Sekarang kita punya alasan tepat untuk melakukan seks yang menggairahkan di pagi hari iaitu sangat baik bagi kita. Hal ini dikeranakan hubungan seks akan menggunakan semua kelompok otot yang ada di tubuh juga akan memberikan efek yang sama seperti sedang beaerobik pada paru-paru dan jantung.
...
Seks bisa membakar 300 kalori dalam satu jamnya. Dan dengan suatu sesi yang menggairahkan setidaknya 3 kali seminggu akan sangat menyehatkan jantung dengan mengurangi sampai separuh dari resiko serangan jantung atau stroke, menurut hasil penelitian Queen's University di Belfast. Mereka juga mengatakan melakukan seks secara teratur juga akan melancarkan sirkulasi dan menjaga tekanan darah tetap normal.
...
Seks dua kali dalam seminggu adalah obat yang sangat mujarab untuk flu, karena akan meningkatkan IgA, sistem imun yang menjadi lapisan pertama dari kekebalan tubuh, menurut suatu penelitian di New Scientist. Tetapi jangan terlalu berlebihan melakukannya, seks lebih dari 3 kali dalam seminggu akan memperlemah sistem kekebalan.
...
Sesaat sebelum orgasme, level dari hormon yang terasa nikmat yaitu oxytocin akan meningkat dan akan memenuhi badan dengan endorphin yang sangat kuat. Penghilang rasa sakit alami ini akan meredakan rasa sakit mulai dari radang sendi sampai migrain.
...
Suatu sesi yang menggairahkan juga berarti stress kita akan berkurang, karena produksi dari hormon cortisol penyebab stres akan terhambat.
...
Dan karena seks bisa membakar kalori dan membantu menjaga berat badan yang sehat, resiko diabetes Anda juga akan berkurang.
...
Sebuah studi di Amerika pada 300 wanita yang aktif melakukan seks mengatakan wanita yang pasangannya tidak menggunakan kondom saat berhubungan seks ditemukan kalau mereka ini lebih kecil kemungkinannya menjadi depresi. Para peneliti memperkirakan hal ini disebabkan para wanita itu menyerap hormon prostaglandin, yang aman hanya bisa ditemukan dalam sperma.
...
Orgasme akan melepaskan banyak estrogen, yang mana bisa mengurangi rasa sakit dari PMS (Premenstrual syndrome).
...
Peneliti dari Yale School of Medicine mempercayai seks juga bisa membantu mencegah endometriosis, sebuah kondisi menyakitkan di mana jaringan yang seharusnya berada di rahim, tumbuh di bagian lain dari pelvis.
...
Selain keuntungan dari pembakaran kalori, seks juga meningkatkan produksi testosterone. Hormon ini akan memperkuat tulang dan otot sehingga mencegah terjadinya osteoporosis.
...
Seks juga meningkatkan produksi estrogen dan hormon lainnya yang dapat membuat rambut dan kulit menjadi berkilau. Dan menurut NHS Direct, orgasme juga bisa mencegah timbulnya kerutan. Jadi jangan takut lagi melakukan seks di pagi hari!

----di ambil from variuos blog n laman web-----

Khamis, 10 Disember 2009

Kelapa untuk demam campak




So u all kan penah dengar kan klu u all kena demam campak..pe ubatnyer...pi klinik..hahah.yeke...

i ingat masa i kat matrik dulu tu la 1st time i kena demam campak..masa tu tak tau la nak kena cam ne kan..main redah je bilik kawan yang kena..tup2 kena gak..dah la masa tu kat penang..umah kat johor..mmg tak balik la..patut kena balik..hmm...nape aku tak balik ek..rugi2...yang betulnyer aku tak balik sebab exam dah dekat time tu..kawan2 la yang tolong..thanks to zu..my classmate yang bagi air kelapa..

YES..air kelapa..tu la ubat untuk demam campak..actually it is not ubat terus baik..
yang i tau..fungsi dia ni untuk cepatkan gelembung air tu naik..bile dah abis naik..time tuk kering la..so proses tu akan jadi short la..

so last monnt kot my bro& anak bini kena demam ni..sampai raya tak balik tu..eh last month ke..heheh..lantak la..so i sebagai adik yang baik tolong la carikan..kat puchong ni melambak air kelapa..my bro tak jumpa pun kat putrajaya..klu ada pun tak berapa fresh la..



FYI harga air kelapa yang ada ais,gula,and isi dia RM2.50-2.70.ok ke..mahal gak kan..tapi klu kena..peh..best gitu...

wah aku dah mula nak teringin minum air kelapa lah..tapi apakan daya..kena jimat..bile la nak dapat bonus ni..

Selasa, 6 Oktober 2009

Kurangkan stres di pejabat



credit and taken from Utusan Malaysia


RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

- Pening dan sakit kepala

- Ketegangan serta sakit leher serta bahu

- Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

- Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

- Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

- Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

- Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

- Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

- Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

- Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit

- Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

- Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hidup Sihat, X mau sakit2




Time-time gini, banyak la open house yang akan diadakan. So ber"tan2" makanan masuk dalam badan kita..Sebulan kita puasa, tiba2 makananan datang berduyun2..tu la rezeki namanya..Namun disebalik itu, kita haruslah berhati2 dengan pengambilan makanan ni..tak salah makan tapi kena lah berwaspada..memamg la what goes in must come out kan tapi yang masuk tu penyakit, kan dah susah....

Penyakit dari pe kita makan ni banyak sebenarnya..tu la Rasul kita ada pesan.."makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang"..

So dalam kita pi ke openhouse ni..perlulah kita buat senaman sikit...so far my training badminton pun dah mula...so marilah kita bersama-sama bersenam..jgn jadi tak sihat..sekarang semua penyakit dah ada.

Ni ada sikit tips untuk kekalkan kesihatan...dalam english ok x.hehehe

1. Drink more water
2. Go for a walk
3. Get more rest
4. Ride a bike
5. Use the stairs
6. Play a sport
7. Take vitamins
8. Go dancing
9. One less snack
10. Stretch daily

OK..KALAU ADA TIPS2 YANG LAIN..SILA LA KOMEN YE..SAMA2 LA KITE AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT..

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails