Jumaat, 26 April 2013

Kembara ke Tanah Suci - Bahagian 4 (Tiba tanah Halal dan Haram)


Assalam..
Salam jumaat yang barakah

kite sambung story k..

Pabila sampai ke jeddah..dari kapal terbang kami naik bas ke terminal..x la berapa jauh dari kapal..
gambaran awal mesti canggih lapangan terbang dia ni. tapi nampak nya kerajaan arab saudi x emphasis benda cam ni kot. tapi ok..rasa besar dia cm lapangan terbang penang kot..ntah la..waallahualam..

aku turun dulu...yang lain2 belum turun..yang ada cuma cik man n wife..org arab yang jaga kat bawah ni suh masuk je bas..sbb bas lain ada kt blkg.
nak x nak naik gak la. meninggalkan yang lain.diorang delay sebab ada 2 org yang harus pakai kerusi roda..
aku x sedap la kan sbb tingal diorang cm tu je.

smpai kat terminal..pusing2..cari toilet..beratur ke imigresen...aku ni risau yang lain x sampai lagi
cik man suh beratur blkg dia.aku x nak sbb atas sbb tgjwb as ketua..nk semua ada..mundar mandir agak aku..
aik lama betul diorang ni.pe berlaku..last2 aku beratur la gak..tu pun beratur yg dah ramai org..rasa bersalah pun ada sbb beratur dulu..

org kata masuk bumi saudi ni mulut kena jaga.nanti dapat cash je..
yup..betul tu..sepanjang beratur ni macam2 org x jaga benda2 cm ni.
aku cuma pandang dan lihat sambil berdoa dimudahkan..
mmg biasa paling kurang sejam beratur tu petkara biasa..sejam kire cepat la tu..

nak jadikan cerite..
ada hamba allah ni dok rungut2 lambat..
ha kau..mmg jadi lambat la..mulutttttttttttttt,,,ish3

dalam beratur tu ada la kelibat2 sedara mara aku dah smp..
yes cash gak pada aku kot..sbb oleh keran aku x tgu n jaga betul2 diorang..apa yang jadi ialah..
diorang lambat smp ke terminal pun boleh kuar dulu...last2 aku paling last sekali lepas imigresen..
kan..dah dpt cash..sapa suh wt..padan muka aku..

bayangkan..line ayang aku beratur tu..daripada 3 check point tiba2 jadi satu..tiba2 2 org pegawai tu x de..so tu sbb la lambat...ish brader depan ni..sapa suh cakap lambat..

dah setel hal imigresen..kuar la ..nk tgu bas..kat arab ni mana2 tempat ada je air zam2..
so lapangan terbang diorang ada la gak..segar la gak dpt minum..org lain beli..aku minum free.huhu

bas sampai..bas x de la mewah sgt..pe2 bersyukur..kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.setipa kumpulan ada seorang mutawiff..ustaz firdaus nama nya..dalam satu kumpulan dlm 30-40 org.ada yang kurang..group kami dalam 37 kot..

bas akan mmbawa kami ke madinah..perjalanan antara jeddah ke madinah ambil masa 6-7 jam gak..x kisah sgt sbb waktu dah malam..tido je la..

kami berhenti solat isyak n mgrib jamak qasar di salah satu hentian..macam RnR gak
nama dia wadi qudaid..
semua hentian dinamakan wadi..macam2 wadi ada..

pe yang ada kami syukur je..phm2 la org arab cm ne.ramai yg berhenti situ  gak.masa tu mmg sejuk.padang pasir klu mlm mmg sejuk..di situ gak kami makan..bungkus..bungkus cantik punyer..masya allah..sdp la pulak nasi lemak arab ni..ayam grill n bbq lagi tu..sambal pun not bad..mybe katerer indon wat kot..makan.....bismillah..

then terus kan perjalanan ke madinah..hati berdebar2 nak masuk tanah haram..mana la tau dosa yang banyak ni tnah allah x terima..dalam hati selawat byk2..fikir dosa2 lama..lama2 terlelap..

lebih kurang stgh jam nk sampai..ustaz kejut semua..bagi penerangan pasal kota madinah..n bersiap2..

satu cahaya amat terang disebalik kota..alhamdulillah...syukur...mata hampir mengalir (tengah taip pun rasa nk kuar je air mata ni)


ya allah ..rindunya aku pada madinah..:(

Bersambung

Khamis, 25 April 2013

Kembara ke Tanah Suci - Bahagian 3 ( Rentas Benua)

Assalamualaikum..

Minta maaf semalam x update..sesangat bz dengan kerja hakiki..
Kerja didahulukan sebab kerja tu ibadah..ibadah x elok tangguh2..:)
(macam la ramai yang baca blog ini kan..:P)


Sementara ada waktu sikit ni. kita sambung balik cerite seterusnya..

...Tiba di dalam kapal terbang tersebut, masing mengambil tempat..agak besar juga la kapal ni. ada 3 area..
Kiri, kanan dan tengah. kat tengah2 tu ada 4 seat.Kiri kanan masing2 ada 3 seat.

My seat terletak kat sebelah kiri kapal kalau mengadap ke blkg kapal la. Nak dijadikan cerita..our 13 seat ni agak bersepak kedudukan dia. tapi x la jauh sgt. tapi yang agak kelam kabut bile one of the pasangan ni (my pakcik makcik) terpisah..sorang depan sorang belakang..diorang nk dok sama2..makcik ni sure2 x nak dduk sblh laki lain.so i offer my seat..so i dok blkg..depa dok la depan laki bini.so kt bkg tu i dok ngn poksu..apa lagi..dok sebelah tingkap la..seronok tengok awan..

poksu ni pulak.hati tak senang.mana x nyer..wife dia tu jauh terpisah seblah kanan flight..dia kejap dok kjap bangun..mencari2...hati resah sgt..maklum la..first time naik kapal terbang..wife dia dah dudk x nk pindah dah.skrg x tau sapa silap tempat.poksu ni suh moksu pindah tapi moksu x nak..dia suh je abe dia dok situ..posu ni resah resah resah..agaknya..dia x biasa..nak wife teman kot.org dah tua.macam2 nanti klu nk apa2..so our seat me..tgh2 ksong..kiri sekali.

Beberapa jam berlalu... 
dalam saudi air ni..dia punya hiburan agak best gak la.dalam perjalanan 9 jam ni ..macam2 boleh tgk..movie ada kartun ada.dokumentari ada..semua ada lah..paling menarik adalah dia show kat mana kita skrg..(jakun kan .:P). so dalam tu layan movie je la.tgk gak movie dia.mana la tau ada citer yang boleh mengurangkan iman..hoho..x igt citer pe tgk..sbb byk kot..tgk movie ni bukan nk tgk sgt pun..sebab nak bagi leka dan buat modal tido je..heran kan.kalau tgk movie mesti ngntuk..

The foods...
Makanan dlam tu ok la cuma flight attendant tu cam x fasih sgt bahasa english..just cakap fish, chiken or meat.. tak tau semua tu masak pe..bedal la..tapi tgk la..siap ada cheese cake lagi..
Dalam tu dia bagai makan 2 kali..ok sgt2


Poksu again
Sejak masuk dlm kapal tu..poksu ni jadi cm x berapa nak kena..gelisah n resah..bila time makan..dia x nak..tolak mentah2 je. alasan nyer tak sedap perut..puas sudah pujuk suh makan.tapi dia x mo. dia ckp klu minum air sikit rasa nk buang air.toilet ada poksu..just alas perut..still x mo..kalau nk gambarkan dia masa tu..asyik pgg muke tutup mulut..tahan nk muntah kot..siap2 aku bg dia beg untuk muntah klu dia nak..
so dia just pejam mata..tdo..
Yang kelakar nya..ada satu ketika dia pi toilet kt blkg..after dia setel, dia blik la ke seat..tp dia straight je jalan ke depan..bile aku perasan dia dah jauh ke depan..smp ke bhagian first class..nak aku jerit kang malu lak..senyum je la..last2 jumpa gak seat sbb aku lambai2 tgn..n pggil dia..
 Yang lagi kelakar..dia x jumpa seat ni 2kali..2 kali ko..haha..fikiran x fokus kot..
BTW tiba2 ada paklong dok sblh..dia kata dok tgh2 sempit n nak tgk luar..

Sepanjang 9 jam aku x bangun langung..dok je..mls nk bangun..tp alhamdulillah ok. seronok layan permandangan..
bertolak kul 3 pm waktu Malaysia..sampai sna lebih kurang after mgrib kot..beza 5 jam waktu malaysia ngn waktu saudi..diorang lambat 5 jam..


layan la pic yang ada ye..

 somewhere in selangor lgi..
 up up in the air
 cam x ..port klang..klu google earth mesti ada
 port klang


 awan dan laut..nice
 somewhere in India kot
 masuk ke tanah arab,,oman rasa nyer
 Masyaallah
 subhanallah..
 saudi from the air
 Bumi Saudi..


Bersambung..




Selasa, 23 April 2013

Kembara ke Tanah Suci - Bahagian 2 (Departure)


Assalamualaikum wbt

  • Seperti yang dirancang..perjalanan ke bumi allah mula di lalui pada tanggal 22 Mac 2013 bersamaan dengan hari Jumaat..
  • Untuk pengetahuan semua, aku pergi kesana diringi dengan 12 saudara mara belah wife. Pakcik Man ngan wife, mak busu, mak de, pak long dan isteri, mertua ipar (suami isteri) dan 4 org dari penang (Tok Wan Cu, pakcik jalil dan isteri dan makcik azizah(anak wan cu). So aku kena jadi ketua kumpulan dalam group kecil ni..Dan aku sorang2 je tanpa ditemani isteri.
  • Jemaah diminta untuk berkumpul di KLIA pada jam 12 tghri...hari jumaat.oleh sebab itu, maka solat jumaat akan digantikan oleh solat jamak qasar..
  • Keadaan di KLIA mula ramai..tengok be sama je..maklum lah..beg semua tajaan andalusia..bagus juga sbnrnya.senang nk kumpul beg..xde la hilang mana2.. 

Sayu gak tgk anak2 yang tgh sakit mata..nak tinggal lama gak.cam ne la diorang.sbb aku rapat sngt dengan anak2..mmg sedih la..tapi sebab nk wat ibadah.maka kuatkan semangat juga.



  • adik beradik aku sorang pun x de yang hantar ke KLIA.semua kerja. x kisah pun. parent apatah lagi..jauh kan.kat johor..so cakap kat mak..x pe la..x yah susah2..lagipun dah wat kenduri kt johor 2 minggu sebelum berangkat.

  • Sebelum berlepas, kami dikumpulkan di satu tempat. mutawiff ada buat taklimat sikit..dan bagi passport dan boarding pass masing2..Jemaah dari Andalusia lebih kurang seramai 114 org..

  • kalau tgk sekeliling, ada juga jemaah dari travel agen yang lain.mungkin satu flight..yang aku sure salah satu tu dari UTAS Travel.. mmm besar gak nama UTAS travel tu..

  • dalam kelibat ramai org. terlihat ustaz zawawi yang kuar TV selalu tu.ohh maybe dia adalah org peting dalam UTAS kot..maybe la..

  • After peluk cium isteri dan anak2..maka berangkat la kami dengan rasa yang macam2..sayu sedih gembira semua ada..time tu la air mata nak ngalir je..tahan..tahan..:)

  • sampai di terminal antarabangsa..terus cari surau..maka berjemaah la sambil gilir2 solat jamak qasar..tapi kenapa kecik sangat surau dia ni.x kan klia surau kecik sgt..ke ada surau lain..semua tu menjadi tnda tanya..malah surau tu pun agak berbau karpet yang basah..hmmm..sedih benda2 cam ni depa x jaga.

  • Bile dilihat satu2 jemaah yang ada..ramai juga yang berkerusi roda..malah dalam kumpulan kecil aku juga..ada 2 biji yang bawa dari Msia..

  • Pada ketika itu, dua org dari kumpulan aku hilang..kami gelar dia pok su dan mok su (kelate)..mana dia ni..ish..x kan tertinggal.. kami doa je agar dia ada..mereka ini adalah ayah dan ibu mertua kepada kakak kepada wife aku..paham x..

  • kalau ikutkan..dalm kumpulan 13 org ni..(termasuk aku) aku sorang je yang muda..30 tahun ke bawah..yang lain semua 50 keatas..so ini adalah satu tanggung jawab aku if pe2 berlaku..tapi aku x risau sebab diorang masing2 ada mahram..ada suami ada anak yang boleh jaga..

  • selesai solat,,kami bergerak ke tempat menunggu kapal terbang..platform 2 x silap ke 22..ntah..masa tu baru la jumpa poksu dn moksu..lega..

  • sebelum masuk kapal..ada juga tegur mutawiff..saje nk tegur sebab beliau sgt muda..umur pun dalam awal 30an..lulusan Univ di Yaman.. tapi ilmu mmg hebat..org kelate..Boleh katakan ramai mtawiff yang muda2..dah smpai sana mmg nmpk ramai..

Maka perjalanan pun bermula...
berbekalkan satu beg besar..satu beg kecil.satu beg galas dan satu beg sangkut (swing beg kot)..
gamabar beg ada dalam post sebelum ni..

Flight SVxxxx Saudi Air...

Bersambung....












Isnin, 22 April 2013

Kembara ke tanah suci..BAHAGIAN 1 (panggilan)

assalamualaikum wbt..

salam untuk semua..

Melihat kepada tajuk diatas, maka benarlah apa yang nak disampaikan disini.
Dah lama nk dikongsi bersama namun masa yang tidak membenarkan.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..hamba Mu in telah dijemput ke tanah suci Mu bulan lepas..pada tarikh yang sama tetapi bulan yang lepas..sedar tak sedar dah sebulan masa berlalu.2 minggu disana  dan 2 minggu setelah kembali di malaysia..

Tarikh 22/3/2013 merupakan satu tarikh yang amat berharga buat aku yang pertama kali nya dijemput menunaikan umrah. 







Kadang kala tidak terfikir pun rezeki untuk bertandang ke rumah Allah secepat ini. Mana tidak nya, kalau melihat kos untuk pergi kesana paling kurang memerlukan RM5000 lebih.itu belum termasuk wang untuk berada disana. Namun perancangan allah adalah yang terbaik..rezeki amat luas dibuka kan kepada aku.
    
                                                 

Namun dengan kuasa Allah, aku telah dijemput.barangsiapa yang dijemput oleh NYA untuk kesana, maka dia adalah dikalangan org2 yang bertuah. kadang2 org yang kaya, tiap2 tahun pergi melancong ke luar negara tetapi masih belum ada hati atau niat untuk pergi ke tanah haram..kenapa ye? ini mungkin mereka belum masih belum dijemput Allah.syukur ya Allah..siapa sangka..dengan apa yang ada ini, dapat juga aku pergi kesana.

ye.aku cukup bertuah kerana segala kos pakej umrah aku telah dibiayai oleh mertua ku..aku sendiri agak terkejut.sayang sungguh pada menantu dia ni.:) menurut islam..jika sesorang itu sudah dapat menunaikan umrah dan haji, maka adalah lebih baik untuk memberi anak2 dan sanak saudara meraka untuk mengerjakan umrah. maka mungkin dengan sebab itulah..bapa mertua ku dapat sponsor aku ke sana..setinggi2 syukur kepada allah juga mereka..

UMrah ini adalah dibawah pakej Andalusia..siapa yang tidak kenal andalusia..nama yang cukup sinonim dengan umrah dan ziarah..kerana dato Hj daud che ngah adalah pengasas syarikat ini. Datu daud pula penah satu ketika dulu org nombor satu di dalam di dalam tabung haji. Satu Malaysia kenal beliau. Jasa nya amatlah besar.


 
Kursus umrah telah pun  aku pergi pada hujung minggu...nak pergi ke tanah suci kena lah ada llmu..youtube.dvd umrah bacaan buku semua perlu untuk memantapkan lagi ibadah kita.

                                               
Terima kasih juga kepada rakan2 yang byk beri nasihat dan ajaran yang byk membantu disana.

ramai yang cakap seronok pergi kesana..naum apa yang dikatakan seronok tu..tu yang aku nk cari disana..disamping nak bersihkan diri. dosa yang sangat banyak..:(


Alhamdulliah..cuti mudah diluluskan..cuma berat hati untuk tnggal anak isteri sebegitu lama..ye isteri ku tidak join sekali kerana menjaga anak2 yang masih kecil.

 Kalau ikutkan macam2 perasaan masa nak ke sana..allah sahaja yang tahu..

Baiklah..ikuti bahagian 2 perjalanan aku ke tanah suci ini tidak lama lagi..

wassalam..  
           

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails