Memaparkan catatan dengan label Nasyid Minggu Ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasyid Minggu Ini. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2012

Esok Menanti

Bismillah...

Assalamulaikum..

hari ni nak share lagu ni wat kawan2 yang ada terutamanya yg masih muda remaja..ye adik2..(L)
:)
lagu dan lirik yang amat mendalam dihiasai bait2 irama yang indah..

selamat mendengar...



Esok Menanti'

Pagi itu..
Enak mentega kacang bagai menampal retak-retak hati yg luka..
Segelas air putih..
Tak mampu menjernihkan rasa kecewa semalam yg masih belum beredar..

Namun aku..

Cuba mengukir senyuman di bibir kerna tak mungkin mampu ketawa..
Ada cerita duka..
Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arah..

Gelora di minda..

Masa mudaku terus menduga..
Kemelut laku kata..
Penuh silap dan salah..
Seringnya angkuhku menurut rasa..

Muda..

Engkau menggoda..
Muda..
Mendebar jiwa..
Dapatkah aku cari butiran mutiara suci..
Di sebalik biasan kaca noda dosa menguji..

Muda..

Tak pernah kumengalah..
Muda..
Takkan selamanya..
Mungkinkah kukecapi kemaafan hakiki..
Daripada mereka insan yg pernah kusakiti..

Harus kuteruskan langkah ini..

Kerna esok menanti..
Masa muda kan pergi..
Takkanku berpaling lagi..


Lagu/Lirik: Akmal Mirwana

Jumaat, 21 Januari 2011

Kasih Sayang

gambar dari google le..

Salam Jumaat..
Pada penghulu segala hari..mari lah kite sama2 hayati lirik lagu dibawah...
lagu yang tak lapuk dek hujan tak akan ditelan zaman..lagu yang releven sepanjang zaman...

Dengan harapan moga2 masih ada lagi sinar kasih sayang dlam umat manusia...





Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim ----------rangkap ni mmg terbaik.... Sayang manusia tiada abadi Kasih tuhan tiada bertepi sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Khamis, 28 Januari 2010

NMI - Kasihmu Amanahku


Bile terkenagkan ulangtahun perkahwinan ni..i nak bawakan one song daripada inteam..my mentor dalam nasyid..masa zaman belajar kat U dulu..kami selalu bawa lagu2 dari kumpulan ni..sebab lirik dan lagunyer terkesan dalam kehidupan kami..kami tu merujuk kepada kumpulan nasyid kami ler.hehe

amati lirik dibawah..
yang warna merah tu betul sangat..benda tu yang selalu mengingatkan i :)

Kasihmu Amanahku


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Rabu, 6 Januari 2010

NMI - Kerana Cinta

Nasyid minggu ini aku pilih berdasarkan lagu dan liriknya yang cukup jelas dan mendalam..

sepotong ayat dari lirik tersebut yang aku rasakan baik untuk kita renungkan..
"cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala"

________________________________________________________________________
Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Ahad, 13 Disember 2009

Nasyid Minggu ini @hakiminzainoor.blogspot

Salam..

Mulai minggu ini..every week aku akan bawakan sebuah lagu nasyid atau lagu2 yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan pengertian yang menusuk kalbu..cewah..

bukan nak nyanyi but just to share keindahan lagu dan lirik tersebut...

Maka. boleh lah kite enjoy sambil berfikir...

lagu pertama pada minggu ini adalah dari kumpulan MESTICA...minggu ni aku dok nyanyi lagu ni je.huhu.best2...syahdu lirik dia..penuh dengan bahasa yang kaya.



Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


video dan lagu ada disebelah kiri blog...enjoy...

Search in this blog

Related Posts with Thumbnails