assalamualaikum wbt..
salam untuk semua..
Melihat kepada tajuk diatas, maka benarlah apa yang nak disampaikan disini.
Dah lama nk dikongsi bersama namun masa yang tidak membenarkan.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah..hamba Mu in telah dijemput ke tanah suci Mu bulan lepas..pada tarikh yang sama tetapi bulan yang lepas..sedar tak sedar dah sebulan masa berlalu.2 minggu disana dan 2 minggu setelah kembali di malaysia..
Tarikh 22/3/2013 merupakan satu tarikh yang amat berharga buat aku yang pertama kali nya dijemput menunaikan umrah.
Kadang kala tidak terfikir pun rezeki untuk bertandang ke rumah Allah secepat ini. Mana tidak nya, kalau melihat kos untuk pergi kesana paling kurang memerlukan RM5000 lebih.itu belum termasuk wang untuk berada disana. Namun perancangan allah adalah yang terbaik..rezeki amat luas dibuka kan kepada aku.
Namun dengan kuasa Allah, aku telah dijemput.barangsiapa yang dijemput oleh NYA untuk kesana, maka dia adalah dikalangan org2 yang bertuah. kadang2 org yang kaya, tiap2 tahun pergi melancong ke luar negara tetapi masih belum ada hati atau niat untuk pergi ke tanah haram..kenapa ye? ini mungkin mereka belum masih belum dijemput Allah.syukur ya Allah..siapa sangka..dengan apa yang ada ini, dapat juga aku pergi kesana.
ye.aku cukup bertuah kerana segala kos pakej umrah aku telah dibiayai oleh mertua ku..aku sendiri agak terkejut.sayang sungguh pada menantu dia ni.:) menurut islam..jika sesorang itu sudah dapat menunaikan umrah dan haji, maka adalah lebih baik untuk memberi anak2 dan sanak saudara meraka untuk mengerjakan umrah. maka mungkin dengan sebab itulah..bapa mertua ku dapat sponsor aku ke sana..setinggi2 syukur kepada allah juga mereka..
UMrah ini adalah dibawah pakej Andalusia..siapa yang tidak kenal andalusia..nama yang cukup sinonim dengan umrah dan ziarah..kerana dato Hj daud che ngah adalah pengasas syarikat ini. Datu daud pula penah satu ketika dulu org nombor satu di dalam di dalam tabung haji. Satu Malaysia kenal beliau. Jasa nya amatlah besar.
Kursus umrah telah pun aku pergi pada hujung minggu...nak pergi ke tanah suci kena lah ada llmu..youtube.dvd umrah bacaan buku semua perlu untuk memantapkan lagi ibadah kita.
Terima kasih juga kepada rakan2 yang byk beri nasihat dan ajaran yang byk membantu disana.
ramai yang cakap seronok pergi kesana..naum apa yang dikatakan seronok tu..tu yang aku nk cari disana..disamping nak bersihkan diri. dosa yang sangat banyak..:(
Alhamdulliah..cuti mudah diluluskan..cuma berat hati untuk tnggal anak isteri sebegitu lama..ye isteri ku tidak join sekali kerana menjaga anak2 yang masih kecil.
Kalau ikutkan macam2 perasaan masa nak ke sana..allah sahaja yang tahu..
Baiklah..ikuti bahagian 2 perjalanan aku ke tanah suci ini tidak lama lagi..
wassalam..
tak cukup
BalasPadamlagi lagi lagi lagi lagi !
untunglah dah dapat jejak ke sana.
semoga satu hari nanti aku juga akan dijemput ke sana :)
la..ingat kan kau pegi ngan wife..xpe rezeki die lain kali..insyaallah.
BalasPadam